Friday, December 3, 2010

SUSAN BOYLE vs GEORGE SAMPSON : Si Merendah Diri vs Si Kuat Semangat...ambil pengajaran baik je tau...

1  SUSAN BOYLE BRITAIN'S GOT TALENT 2008



Susan Boyle ni jenis susah nak belajar. Masa kanak-kanak selalu kena buli. Pendidikan pun rendah je sekadar pelatih masakan di kolej selama 6 bulan. Bekerja sebagai penyanyi gereja sahaja.Susan Boyle tak pernah kahwin sebabnya nak jaga emaknya. Emaknya meninggal pada tahun 2007 ketika umur 91 tahun. Selepas itu baru la Susan buat ujibakat Britain's Got talent 2009. Masa uji bakat, Simon Cowell tanya nak jadi apa. Susan jawab, nak jadi Elaine Paige (penyanyi terkenal teater Britain). Juri dan para penonton tersenyum sinis dan perli. 'Macam mana perempuan yang hodoh, berbadan gempal, rambut berserabut, pakaian fesyen 60 an dan personaliti kekampungan boleh jadi penyanyi terkenal'. 

Pastu bila 'start' nyanyi lagu 'I Dreamed A Dream'. Semua juri dan penonton terbeliak mata dan tergamam dengan kemerduan suaranya. Semua orang berdiri dan bertepuk tangan memberi penghormatan kepada kehebatan suara Susan Boyle. Bukan itu sahaja lebih 10 juta penonton menonton video youtube selepas di 'publish' pada 11 April 2009.
Sekarang Susan Boyle dah popular. Susan berjaya mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records kerana berjaya mendapat album artis wanita UK yang paling laju dari segi jualan,(6 minggu je, 9 juta terjual), pastu kejayaan jualan album yang sangat tinggi di UK dalam tempoh seminggu dan wanita tua yang pertama berjaya menjual album paling laris.
Kesimpulannya.... Memang 'touching' bila tengok persembahan pertama Susan. Pada pandangan pertama semua orang memerli, menghina dan mempermainkan Susan Boyle. Semua melihat kekurangan fizikal Susan. Takde sorang pun melihat kehebatan bakat yang Susan ada.Tapi apabila dia memulakan rangkap pertama, semua orang terpaksa menelan kembali persepsi negatif kepada Susan. 

Ini lah bukti bahawa FIZIKAL bukan segala-galanya tetapi apa yang paling penting adalah JIWA dan POTENSI HEBAT dalam diri setiap orang. Allah memang dah beri setiap orang kehebatan masing-masing. Kadang-kadang kehebatan itu tiba-tiba datang dalam diri kita dan kadang-kadang, kita kena gilap dulu potensi kita sebelum kita dapat mengeluarkan kehebatan potensi kita.

Zaman sekarang, ramai orang melihat faktor fizikal jadi keutamaan. Nak kawin kena tengok orang cantik atau 'handsome' tapi hakikatnya dalam hatinya ada kejahatan tersembunyi. Nak mintak kerja pun kadang-kadang ada 'bias'. Kalau tengok orang tu nampak pandai bercakap semasa temuduga, maka diambil bekerja orang itu walhal hipokrit je tu.Kalau orang kaya atau anak datuk, amboi, dilayan lah seperti raja tapi bila anak orang miskin dilayan seperti sampah. Kalau kat sekolah tu (Sekolah tertentu je tau) kadang-kadang pelajar tertentu je yang dilayan mesra oleh pihak sekolah tapi pelajar yang bermasalah, pelajar yang pakai baju lama compang camping dan pelajar yang miskin takde sapa nak layan.Jadi, sekarang ni sapa-sapa yang rasa kekurangan dari segi fizikalnya. 'Just Forget it'. Buat sungguh-sungguh apa saja bidang yang diceburi dan sungguh-sungguh meneroka kehebatan diri masing-masing.

2. GEORGE SAMPSON BRITAIN'S GOT TALENT 2007

George Sampson ni juara Britain's Got Talent 2008. Ada suatu cerita yang menarik perhatian yang boleh kita ambil pengajaran. Sampson yang berumur 14 tahun ketika itu, pernah jalani uji bakat Britain's Got Talent pada tahun 2007 dan dia berjaya lepas pusingan pertama. Semasa pemilihan separuh akhir. 2 orang juri berpendapat Sampson tak layak untuk masuk separuh akhir dan dia gagal. Kecewa budak tu...

 Pada tahun 2008, Sampson kembali. Bukan saja Sampson layak uji bakat malah berjaya masuk separuh akhir dan mendapat undian tertinggi yang melayakkan masuk akhir.Semasa ujibakat pertama, juri terkenal Simon Cowell ada bertanya " apa yang Sampson buat dalam tempoh setahun selepas gagal pada tahun 2007 ". Sampson menjawab " saya menari di jalan-jalan dan lorong-lorong untuk meningkatkan kemahiran tarian saya dan mencari duit untuk keluarga saya". Sampson sebenarnya mempunyai masalah penyakit tulang dan apabila ditanya adakah ianya boleh menjejaskan anda, Sampson menjawab " Penyakit ni tidak sama sekali menghalang impian saya "
Walaupun Sampson ni orang putih tapi kita boleh ambil pengajaran yang bagus. Motivasi yang kita boleh ambil ialah Sampson ni umurnya baru 14 tahun semasa uji bakat 2007 tapi sebab nak mengejar impian dan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya, Sampson sanggup berhempas pulas dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu dan penat lelah. Peringkat awal, Sampson gagal. Walaupun gagal, adakah Sampson berputus asa. Jawapannya TIDAK. 365 hari, dia bekerja keras tanpa malu menari dihadapan orang yang lalu lalang disamping mendapatkan wang tambahan (sedekah) daripada orang ramai. 2008, dia cuba lagi dan akhirnya dia menang disebabkan pengundi kagum dengan bakatnya dan kagum dengan kesungguhannya yang tak pernah kenal erti putus asa.Persoalannya adakah remaja Islam zaman sekarang ada sikap sedemikian ?

 


No comments:

Post a Comment