Satu ketika saya dipaksa oleh seorang sahabat supaya menonton filem hindustan bertajuk 3 IDIOTS lakonan Amir Khan sebabnya filem ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kerjaya saya sebagai seorang PENDIDIK.

Selepas 15 minit, saya terus terpaku, terus terpaku dan terus terpaku. Filem ni bukan calang-calang. Filem yang ada aura dan sarat dengan pengajaran dan diolah cukup halus melalui konsep komedi....Hebat...hebat...
Saya akan kongsikan manakah babak yang membuatkan saya terfikir sejenak....
1) BABAK DALAM KELAS (minit ke-20)
Babak ini sebenarnya membuatkan saya tersentuh. Dalam babak ini, pensyarah yang sedang mengajar bertanya kepada dua orang pelajar iaitu Rancho (seorang yang bijak tapi bukan ulat buku ) dan Silencer ( seorang ulat buku dan bijak). Soalannya cukup mudah ' Apakah maksud Mesin'. Rancho menjawab berdasarkan apa yang dia faham dengan bahasa yang cukup mudah tapi Silencer menjawab dengan bahasa yang cukup bombastik dan sebijik sama dengan definisi buku.
Pensyarah tersebut memarahi Rancho sebab walaupun jawapannya boleh diterima tetapi tidak boleh digunakan dalam peperiksaan dan menyebabkan 'fail'.Pensyarah itu menegaskan bahawa nak lulus peperiksaan kena guna ayat dalam buku. Rancho tak berpuashati sebab apa yang paling penting kita perlu faham ilmu tersebut bukan menghafal dalam buku tetapi tak faham dan tak tahu dimana ilmu itu patut digunakan. Alamak terasa saya....
2) BABAK KAWAN RANCHO BUNUH DIRI

3) BABAK RANCHO DICABAR UNTUK MENGAJAR DI DALAM KELAS

Di dalam kelas, Rancho mengarahkan semua pelajar termasuk pengetua mencari definisi FARHANITRATE dalam mana-mana buku dalam masa 1 minit. Semua pelajar dan pengetua sibuk mencari dalam buku tetapi gagal.Rancho berkata definisi tersebut adalah rekaannya semata-mata, tidak ada dalam buku.

3) BABAK RANCHO DAN KAWAN-KAWANNYA TENGOK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
Babak ini pun ada pengajaran. Ketika keputusan diumumkan Rancho telah mendapat keputusan nombor 1 manakala 2 orang kawannya mendapat tempat terakhir. Kawan-kawan lain yang jenis ulat buku merasa hampa dan sedih sebab gagal dapat no. 1.Pengetua kolej juga turut kecewa Rancho dapat no.1
Rancho tidak suka keadaan ini kerana sistem gred melambangkan kasta. Gred 'A' ibarat raja dan gred 'C' ibarat hamba. Rancho mengatakan bahawa dia memberi jaminan kepada Pengetua bahawa pelajar yang dapat gred 'C' akan dapat pekerjaan pada masa hadapan.
Bila fikir-fikir balik, betul gak...Ada pelajar saya satu ketika dulu, saya anggap sebagai lemah tetapi sekarang dah dapat pekerjaan yang baik. Ada pelajar saya satu ketika dulu, saya anggap sebagai pelajar pandai tetapi sekarang bila abis Universiti, masih ada lagi yang tak dapat kerja dan mendapat kerja yang masih belum stabil...
4) BABAK 'INTERVIEW'
Sebenarnya ada dua babak berjalan serentak. Sorang kawan Rancho mengadap ayahnya untuk memberitahu bahawa sebenarnya dia tidak minat bidang 'engineering'. Dia berminat dalam bidang 'photographer'.Pada peringkat awal, ayahnya sangat menentang tapi akhirnya akur dengan kehendak minat anaknya. Babak ini sebenarnya cuba untuk menerangkan bahawa carilah kehidupan atau pekerjaan berdasarkan minat sendiri dan bukan disebabkan paksaan orang lain. Bila kita buat kerja yang kita minat, kita akan rasa seronok dan akan memberi sepenuh perhatian terhadap kerja tersebut.

Orang yang 'interview' memberi pilihan kepada kawan Rancho ini, jika dia sanggup buang sikap yang suka berterus terang, maka dia diambil bekerja.Sebabnya dalam pengurusan syarikat, sikap terlalu berterus terang tidak baik untuk syarikat.Kawan Rancho menjawab " saya sanggup tak diterima bekerja daripada membuang sikap saya ini". Orang yang 'interview' begitu kagum dengan prinsip dan kejujuran yang ditunjukkan. Akhirnya dia diambil bekerja disebabkan sikap kejujuran yang ditunjukkan.
5) BABAK MENOLONG ORANG YANG HENDAK MELAHIRKAN ANAK.

Dalam babak ini, Rancho menggunakan ilmu 'engineeringnya' untuk melahirkan anak kawannya dalam keadaan banjir dan tidak mampu untuk dibawa ke hospital. Babak ni sangat 'touching'.....
KESIMPULAN CERITA FILEM INI IALAH :
- Niat belajar menuntut ilmu bukan niat belajar untuk peperiksaan.Jangan bimbang, bila niat menuntut ilmu, kejayaan akan datang juga.
- Bila niat belajar untuk peperiksaan, jiwa akan merana dan 'tension'. Cuba lepas ni masuk kelas dan tunjukkan rasa gembira kerana dapat ilmu baru.
- Tidak ada fakta mengatakan semua orang yang dianggap BODOH tidak berjaya dan tidak fakta yang mengatakan semua orang PANDAI akan berjaya pada masa hadapan.
- Belajar dan pilih lah kerjaya berdasarkan minat dengan syarat ikut cara Islam.
No comments:
Post a Comment