Wednesday, January 19, 2011

HORMAT IBU-BAPA : Berilah Khidmat Selagi Mereka Masih Hidup...

Adakah terlalu sukar untuk menyayangi dan menghormati ibu-bapa kita berbanding kesukaran ibu-bapa kita yang telah menjaga sejak kecil.Bagi mereka yang punya ibu-bapa yang masih hidup, ini lah masanya untuk menunjukkan kasih sayang dan memberi khidmat sebaik mungkin.Jangan bila mereka diambil nyawa oleh Allah, masa tu baru lah menunjukkan kekesalan demi kekesalan.

Sabda Rasulullah s.a.w : BARANGSIAPA KETIKA PAGINYA MENDAPAT KEREDHAAN IBU-BAPA, NESCAYA DIBUKAKAN BAGINYA SEMUA PINTU SYURGA. SEBALIKNYA JIKA KETIKA PAGI LAGI SUDAH MENYAKITI HATI IBU-BAPA, NESCAYA AKAN DIMASUKAN KE DALAM NERAKA.

Hebat..hebat darjat ibu-bapa disisi Allah. Oleh itu hormati lah dan taati lah mereka. Jangan sama sekali menjadikan ibu-bapa tempat untuk dicaci, dimaki, dihamun, diherdik dan disakiti hatinya.Jangan...jangan...Ini dianggap satu DERHAKA. Ini dianggap satu DOSA BESAR. Walaupun kita kuat beribadat sekalipun tapi jika derhaka pada ibu-bapa bukan setakat tak boleh masuk Syurga, cium bau syurga pun tak boleh.


Ingatlah...jika ibu-bapa redho dan suka pada kita nescaya Allah juga turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita maka Allah turut memurkai kita.Cuba ingat balik kisah sahabat nabi iaitu Al-Qamah. Beliau ini memang sangat kuat beribadah. Apabila hampir meninggal, Al-Qamah sukar untuk mengucap syahadah.Apabila nabi mengugut untuk membakar Al-Qamah jika ibunya tidak memberi keampunan kepada anaknya, baru lah ibunya tak sampai hati dan bersedia mengampunkan anaknya.Akhirnya Al-Qamah berjaya mengucap kalimah syahadah.Apabila ditanya kenapa ibunya tidak mahu mengampunkan anaknya pada peringkat awal. Ini jawapan ibunya " Sebenarnya anaknya adalah seorang yang baik dan tidak pernah mencacatkan hatinya.Kalau ada pun kesalahan kecil. Al-Qamah sebelum berkahwin kerap memberi ibunya wang. Tetapi apabila Al-Qamah sudah berkahwin, jarang-jarang sekali memberi bantuan wang. kalau ada pun, tidak seperti sebelum berkahwin.
Ibu-Bapa adalah hadiah daripada Allah yang sangat berharga

Selagi ibu-bapa bernyawa..berusaha lah memberi khidmat terbaik

Sabda Rasulullah s.a.w : KHABARKAN BERITA GEMBIRA INI KEPADA MEREKA YANG BERBUAT BAIK KEPADA IBU-BAPA. BUATLAH APA SAJA, BAHAWASANYA ALLAH MENGAMPUNI MEREKA. DAN KHABARKAN BERITA BURUK KEPADA MEREKA YANG MENDERHAKAI IBU-BAPA, BUATLAH SEBERAPA BANYAK IBADAT YANG DISUKAI, BAHAWASANYA ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN KEAMPUNAN SEDIKITPUN KEPADANYA.

Doakan lah ibu-bapa kita setiap kali solah dan jangan lupa minta doa daripada ibu-bapa kita. Insyaallah kita diberi rahmat dan keberkatan hidup.

 


HORMAT KEPADA GURU : Petanda Anak Murid Yang Hebat Dunia & Akhirat....

Seorang guru mempunyai darjat tinggi disisi Islam sebab guru memberi ilmu. Mendidik daripada tidak tahu membaca kepada pandai membaca. Mengajar daripada tidak tahu mengira kepada pandai mengira. Membimbing daripada tidak tahu agama kepada tahu akan ilmu ketuhanan. Membimbing daripada orang yang tak tahu akhlak kepada orang yang tahu akhlak dan disiplin hidup.Mendidik daripada hidup miskin kepada menjadi orang yang berjaya mengubah kemiskinan hidup...Terlalu banyak jasa guru. Kadang-kadang bila difikirkan, kita lebih banyak masa bersama guru di sekolah berbanding bersama ibu-bapa di rumah.
Oleh itu hormati guru. Jangan diherdik seorang guru yang banyak berjasa. Jangan dicaci di merata tempat seorang guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang. Jangan merasa ego dihadapan guru kerana kepandaian kita bermula daripada sebab seorang guru.Jangan diguris perasaan guru kerana kadang-kadang guru lebih mengambil berat terhadap kamu berbanding orang lain.Jangan biarkan guru menangis atas sikap kamu yang tidak sopan. Guru tidak punya wang untuk diberi tetapi guru punyai ilmu yang sangat berharga untuk memastikan anak muridnya selamat di dunia dan akhirat. Ibu bapa punyai wang untuk diberi kepada anaknya tetapi adakah semua ibu bapa punyai ilmu untuk mendidik anaknya untuk solah, menutup aurat dan menjaga batas-batas agama. Akhirnya tanggungjawab tersebut terpaksa ditanggung oleh seorang guru....
  Rasulullah sendiri dalam hadisnya riwayat Imam Ahmad, mengajar kita agar mendoakan guru " Dan ampunilah, wahai Tuhan kami......bagi guru kami ( yang mencurahkan ilmunya kepada kami) dan bagi orang yang mempunyai sesuatu hak terhadap kami, dan bagi orang yang mengasihi kami serta berbuat baik kepada kami dan juga bagi orang yang menasihati serta memberi petunjuk kepada kami untuk mencapai kebajikan ( kejayaan dunia dan akhirat).

INI ADALAH CARA UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ILMU :

  1. Sifat 3 perkara yang mesti ada sebagai seorang pelajar yang hebatTAAT PADA GURU,JAGA ADAB / AKHLAK,KHIDMAT KEPADA GURU.
  2. Hadir ke kelas dengan penuh minat, semangat tanpa ada perasaan jemu dan malas.
  3. Tumpuan sepenuhnya kepada guru mengajar bukan sambil lewa.Ingat mengabaikan ilmu yang diajar akan hilang keberkatan ilmu.
  4. Bersedekahlah al-fatihah kepada nabi, syuhada, ulama, ibu-bapa, guru dan mereka yang berbuat kebaikan serta memohon keampunan kepada mereka. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan kasih sayang Allah.
  5. Keberkatan ilmu juga apabila sentiasa bergaul atau makan bersama dengan mereka yang berilmu umpamanya guru dan alim ulama. Nasihat Luqman Al-Hakim : " Makan lah bersama orang yang bertakwa dan bermusyawarah lah segala urusanmu dengan alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya"
  6. Mohon lah kepada guru agar guru kita mendoakan kita menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
  7. Ringankan mulut untuk mohon maaf atas segala dosa dan segala perkara yang mengguriskan perasaan guru.


 

Tuesday, January 18, 2011

3 IDIOTS : Pengajaran untuk Pendidik dan Pelajar....

Satu ketika saya dipaksa oleh seorang sahabat supaya menonton filem hindustan bertajuk 3 IDIOTS lakonan Amir Khan sebabnya filem ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan kerjaya saya sebagai seorang PENDIDIK.

Saya tak minat sebenarnya dengan filem hindustan sebabnya banyak lagu dan adegan tarian yang melampau. Tapi, semata-mata untuk memenuhi permintaan seseorang, saya pun tengok la....Mula-mula tengok bosan dan hampir-hampir nak tutup tv. Saya tertanya-tanya, apa yang 'best'nya.Saya sedar reputasi filem ini cukup kuat. Dalam tempoh 4 hari tayangan, 3 IDIOTS berjaya mencapai 'box office' sebanyak 380 juta crores dengan sambutan yang cukup hebat, mengalahkan mana-mana filem dalam sejarah perfileman India. Bajet buat filem ini berjumlah US 7.6 juta dan pendapatannya berjumlah US 73.56 juta.Filem ini juga berjaya pelbagai anugerah berprestij seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan 37 anugerah lain. Banyaknye...

Selepas 15 minit, saya terus terpaku, terus terpaku dan terus terpaku. Filem ni bukan calang-calang. Filem yang ada aura dan sarat dengan pengajaran dan diolah cukup halus melalui konsep komedi....Hebat...hebat...

Saya akan kongsikan manakah babak yang membuatkan saya terfikir sejenak....

1) BABAK DALAM KELAS (minit ke-20)

Babak ini sebenarnya membuatkan saya tersentuh. Dalam babak ini, pensyarah yang sedang mengajar bertanya kepada dua orang pelajar iaitu Rancho (seorang yang bijak tapi bukan ulat buku ) dan Silencer ( seorang ulat buku dan bijak). Soalannya cukup mudah ' Apakah maksud Mesin'. Rancho menjawab berdasarkan apa yang dia faham dengan bahasa yang cukup mudah tapi Silencer menjawab dengan bahasa yang cukup bombastik dan sebijik sama dengan definisi buku.

Pensyarah tersebut memarahi Rancho sebab walaupun jawapannya boleh diterima tetapi tidak boleh digunakan dalam peperiksaan dan menyebabkan 'fail'.Pensyarah itu menegaskan bahawa nak lulus peperiksaan kena guna ayat dalam buku. Rancho tak berpuashati sebab apa yang paling penting kita perlu faham ilmu tersebut bukan menghafal dalam buku tetapi tak faham dan tak tahu dimana ilmu itu patut digunakan. Alamak terasa saya....

2) BABAK KAWAN RANCHO BUNUH DIRI

Saya mengakui babak ini memberi kesan dalam hati saya. Dunia pendidikan sekarang, tak kira la samaada di Sekoleh Rendah, Sekolah Menengah dan Universiti penuh dengan tekanan. Pelajar-pelajar ditekan agar dapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Kemudian kita disogok, bila dapat markah tinggi, kita akan kerja yang bagus pada masa hadapan.Dalam babak ini memang menunjukkan suatu yang realiti dimana kawan Rancho mati bunuh diri disebabkan tekanan akademik yang begitu hebat di Universiti. Di Malaysia pun dah banyak kes seperti pelajar UPSR bunuh diri sebab takut dimarahi keluarganya disebabkan gred UPSR yang rendah.Pelajar makan panadol berlebihan sehingga dimasukkan hospital sebab 'tension' dengan 'exam' dan pelbagai lagi kes berkaitan 'tension' dalam belajar.Jadi fikirkan lah...

3) BABAK RANCHO DICABAR UNTUK MENGAJAR DI DALAM KELAS

Babak ini sarat dengan pengajaran.Pengetua kolej cukup berang dengan pandangan Rancho berkaitan sistem pendidikan yang diperjuangkan oleh Rancho. Maka pengetua tersebut mencabar Rancho untuk mengajar di kelas sambil disaksikan oleh pengetua sendiri.

Di dalam kelas, Rancho mengarahkan semua pelajar termasuk pengetua mencari definisi FARHANITRATE dalam mana-mana buku dalam masa 1 minit. Semua pelajar dan pengetua sibuk mencari dalam buku tetapi gagal.Rancho berkata definisi tersebut adalah rekaannya semata-mata, tidak ada dalam buku.

Pengajaran dalam babak ini ialah secara realitinya, pelajar hanya berlumba-lumba untuk belajar sebab nak dapat markah terbaik tetapi jarang-jarang yang masuk kelas semata-mata seronok untuk menuntut ilmu. Pelajar telah dijadikan seperti singa sarkis yang pandai melakukan aksi tapi hakikatnya bodoh. Pelajar telah dijadikan seperti mesin dan robot, hanya mengikut saja apa yang diajar dalam buku bagi tujuan peperiksaan. Pelajar tidak diajar untuk berfikir. Pelajar tidak diajar berfikir kreatif dan inovatif.

3) BABAK RANCHO DAN KAWAN-KAWANNYA TENGOK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Babak ini pun ada pengajaran. Ketika keputusan diumumkan Rancho telah mendapat keputusan nombor 1 manakala 2 orang kawannya mendapat tempat terakhir. Kawan-kawan lain yang jenis ulat buku merasa hampa dan sedih sebab gagal dapat no. 1.Pengetua kolej juga turut kecewa Rancho dapat no.1

Rancho tidak suka keadaan ini kerana sistem gred melambangkan kasta. Gred 'A' ibarat raja dan gred 'C' ibarat hamba. Rancho mengatakan bahawa dia memberi jaminan kepada Pengetua bahawa pelajar yang dapat gred 'C' akan dapat pekerjaan pada masa hadapan.

Bila fikir-fikir balik, betul gak...Ada pelajar saya satu ketika dulu, saya anggap sebagai lemah tetapi sekarang dah dapat pekerjaan yang baik. Ada pelajar saya satu ketika dulu, saya anggap sebagai pelajar pandai tetapi sekarang bila abis Universiti, masih ada lagi yang tak dapat kerja dan mendapat kerja yang masih belum stabil...

4) BABAK 'INTERVIEW'
Sebenarnya ada dua babak berjalan serentak. Sorang kawan Rancho mengadap ayahnya untuk memberitahu bahawa sebenarnya dia tidak minat bidang 'engineering'. Dia berminat dalam bidang 'photographer'.Pada peringkat awal, ayahnya sangat menentang tapi akhirnya akur dengan kehendak minat anaknya. Babak ini sebenarnya cuba untuk menerangkan bahawa carilah kehidupan atau pekerjaan berdasarkan minat sendiri dan bukan disebabkan paksaan orang lain. Bila kita buat kerja yang kita minat, kita akan rasa seronok dan akan memberi sepenuh perhatian terhadap kerja tersebut.

Babak seterusnya, kawan Rancho sedang berhadapan dengan 'interview' kerja. Semasa sesi dijalankan, kawan Rancho tersebut bercakap sangat berterus terang.Dia mengatakan, dia terjun bangunan untuk bunuh diri semata-mata 'tension' belajar. Dia kencing depan rumah pengetua. Dia mengakui bahawa di kolej, dia seorang pelajar lemah. Namun begitu, sekarang dia sudah menyesal akan segala perbuatannya. Dia tak kisah jika sikap terus terang ini menyebabkan dia tak dapat kerja. 

Orang yang 'interview' memberi pilihan kepada kawan Rancho ini, jika dia sanggup buang sikap yang suka berterus terang, maka dia diambil bekerja.Sebabnya dalam pengurusan syarikat, sikap terlalu berterus terang tidak baik untuk syarikat.Kawan Rancho menjawab " saya sanggup tak diterima bekerja daripada membuang sikap saya ini". Orang yang 'interview' begitu kagum dengan prinsip dan kejujuran yang ditunjukkan. Akhirnya dia diambil bekerja disebabkan sikap kejujuran yang ditunjukkan.

5) BABAK MENOLONG ORANG YANG HENDAK MELAHIRKAN ANAK.

Dalam babak ini menunjukkan orang yang bijak ialah menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kelas dan mampu digunakan secara praktik dan dalam keadaan terdesak. Manakala orang yang bijak peperiksaan dan buku, tidak mampu mempraktikkan ilmu dalam keadaan terdesak.Mereka hanya berfikir dan berfikir mencari teori di dalam buku untuk menyelesaikan masalah. 

Dalam babak ini, Rancho menggunakan ilmu 'engineeringnya' untuk melahirkan anak kawannya dalam keadaan banjir dan tidak mampu untuk dibawa ke hospital. Babak ni sangat 'touching'.....

KESIMPULAN CERITA FILEM INI IALAH :

  • Niat belajar menuntut ilmu bukan niat belajar untuk peperiksaan.Jangan bimbang, bila niat menuntut ilmu, kejayaan akan datang juga.
  • Bila niat belajar untuk peperiksaan, jiwa akan merana dan 'tension'. Cuba lepas ni masuk kelas dan tunjukkan rasa gembira kerana dapat ilmu baru.
  • Tidak ada fakta mengatakan semua orang yang dianggap BODOH tidak berjaya dan tidak fakta yang mengatakan semua orang PANDAI akan berjaya pada masa hadapan.
  • Belajar dan pilih lah kerjaya berdasarkan minat dengan syarat ikut cara Islam.