I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 9, 2010

TIPS MENJAWAB SOALAN ESEI PENGURUSAN PERNIAGAAN EDISI MATRIKULASI : teknik bagaimana nak menceriakan dan menyeronokkan PEMERIKSA menanda kertas jawapan kita....

Saya biasa menjadi PEMERIKSA PEPERIKSAAN AKHIR PENGURUSAN PERNIAGAAN MATRIKULASI SE-MALAYSIA. Rasanya dah lebih daripada 5 kali. 

Maklumat yang akan saya kongsikan di sini bukan hanya untuk PELAJAR MATRIKULASI PERAKAUNAN sahaja tetapi boleh juga diaplikasikan kepada PELAJAR STPM, PELAJAR UNIVERSITI DAN KOLEJ kerana saya juga banyak bersembang dengan pemeriksa STPM dan pensyarah Universiti. Syaratnya, ada ambik subjek yang memerlukan menjawab soalan esei ye....

Saya akan kongsikan pada semua pelajar apa yang saya rasa, apa yang saya lihat dan apa yang saya dengar.Saya akan simpulkan segala rungutan PEMERIKSA berkaitan jawapan pelajar. Apa yang diaorang geram dan apa yang diaorang suka dan apa yang diaorang harapkan daripada jawapan pelajar.Kalau dalam filem dipanggil 'BEHIND THE SCENE'.

Kerja PEMERIKSA adalah tanggungjawab dan amanah yang sangat berat kerana jika tersilap ianya akan menjejaskan masa depan pelajar.Kerja ini sebenarnya sangat sukar dan mencabar minda, emosi dan fizikal.Biasanya saya akan mula menanda bermula selepas subuh sehinggalah jam 12.00 tengah malam. 'Non-stop'....Maksudnya saya kena 'maintain focus', tak boleh buat silap dan berlaku adil kat semua skrip jawapan. Memang 'tough'....Berhenti hanya untuk solah, makan, minum, mandi, tidur, sembang pun sekejap-sekejap dan pegi toilet. Tu je...Kadang-kadang ada pemeriksa yang menanda jam 3.00 pagi.Kesiannya bila ada PEMERIKSA yang tidak sihat dan ada pulak masalah peribadi yang boleh menjejaskan tumpuan penandaan.

Tidak dinafikan, menanda kertas jawapan pelajar yang mempunyai pelbagai jawapan yang pelik-pelik, pelbagai spesis tulisan dan pelbagai jenis susunan ayat yang memeningkan kepala telah menyebabkan PEMERIKSA kadang-kadang merasa geram, hilang mod, 'tension', menyampah, bengang. Dalam erti kata lain mengganggu fokus PEMERIKSA dan mengganggu emosi PEMERIKSA.

PEMERIKSA bukan ROBOT dan bukan MESIN tetapi PEMERIKSA yang bernama MANUSIA.Antara ciri-ciri manusia ialah tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan.Oleh itu, salah satu faktor untuk mengelakkan daripada PEMERIKSA menanda kertas jawapan dalam emosi dan fokus yang tidak stabil, para pelajar perlu ikuti tips yang akan saya bincangkan di bawah....

PERKARA-PERKARA YANG MENCERIAKAN PEMERIKSA...
  1. 'Of course' la jawab ikut skema
  2. Pelajar yang jawab bermula dengan fakta, huraian dan contoh yang releven
  3. Tulisan boleh dibaca dengan jelas
  4. Susunan ayat dan bahasa difahami dengan jelas
  5. Jawapan tak merapu
  6. Rasa lega bila ada pelajar yang 'highlight' kan fakta jawapan seperti menggariskan fakta atau mewarnakan dengan highlighter. Pastu setiap set jawapan diselang satu baris.
PERKARA-PERKARA YANG MENGGANGGU EMOSI DAN FOKUS PEMERIKSA...
  1. Tulisan teruk, tulisan terlalu halus, tulisan terlalu kecil yang menyebabkan PEMERIKSA sukar nak baca.
  2. Semua jawapan dibuat dalam satu perenggan. Sepatutnya kalau bagi 5 jawapan, buat la 5 perenggan. Ini 5 jawapan dibuat dalam satu perenggan.dah la tak diselang. Pastu fakta jawapan tak bergaris atau diwarnakan. Ermmmm memang 'tension' nak kena cari jawapan pelajar camni...
  3. Susunan ayat tunggang langgang dan kadang-kadang tak faham langsung
  4. Jawapan merapu dan terlalu panjang tapi takde 'point' pun.
DAH SEDIA SEMUA.....
SEKARANG SAYA AKAN BINCANGKAN SEGALA TIPS YANG BOLEH MENDAPAT MARKAH BANYAK DALAM SOALAN ESEI DAN DALAM MASA YANG SAMA MENCERIAKAN PEMERIKSA.....

Saya akan mengambil contoh jawapan pelajar saya.....Nasib la diaorang...

 1) SEMUANYA BERMULA DARIPADA DEWAN PEPERIKSAAN  

Pelajar yang bagus ialah BUAT RANGKA JAWAPAN DULU.Jangan la panjang-panjang.Ringkas-ringkas je. Yang penting, tentukan dulu apa faktanya dan kata kunci jawapan ('keyword').Tulis kat kertas kotor dulu.Contoh rangka jawapan:
 Autokratik :
-Kuasa kepada pengurus sahaja
-Hukuman dan ganjaran
-Pekerja kurang motivasi, tidak disiplin

Bila dah buat rangka jawapan, baru la senang nak menghurai dan jawapan pun tak la merapu....

2) PLEASE... JANGAN LA MELUAHKAN PERASAAN DALAM KERTAS JAWAPAN.

Pelajar yang suka menulis kata-kata rayuan kepada PEMERIKSA agar diberi markah adalah kurang berkesan sebenarnya.Ini adalah perbuatan yang sia-sia.Jangan bimbang, kalau jawapan betul PEMERIKSA akan bagi markah. Kalau jawapan salah, PEMERIKSA pasti tak akan beri markah. Mereka sangat profesional dan tak boleh dipengaruhi oleh tulisan-tulisan bersifat rayuan.

3) TULISAN TAK CANTIK TAK APA... YANG PENTING BOLEH BACA....
Ini 'style' tulisan pelajar saiz XXL...sebatu boleh nampak. Takpe la, walaupun tulisan besar tapi boleh dibaca dan jawapan betul... 'so' dapat markah...
Ni pun salah satu contoh, tulisan besar tapi masalahnya sukar untuk dibaca...tak bagus..tak bagus...
Tulisan ni bersaiz S dan mungkin lebih kecil daripada S.Tulisan camni tidak digemari oleh PEMERIKSA dan memang mengganggu fokus PEMERIKSA.Jawapan sukar dibaca. Nasihat saya mudah je... sapa-sapa yang jenis tulisan kecil, tolong besarkan sikit...mesti boleh punye la...
Tulisan ni sangat halus dan menggunakan pen yang berdakwat tidak terang. Tulisan macam ni pun tak bagus menyebabkan mengganggu mod PEMERIKSA. Kat Malaysia ni berlambak pen yang bagus-bagus dengan harga yang murah.Nasihat saya beli la pen dakwat terang ye...
4) JANGAN MALAS BUAT PERENGGAN. JANGAN LA TULIS SEMUA JAWAPAN DALAM SATU PERENGGAN

Kalau dalam soalan tu minta 7 jawapan, janganlah longgokkan semua jawapan dalam satu perenggan. Salah teknik tu.Jika calon buat camni, boleh menyebabkan PEMERIKSA sukar untuk memberi markah. Jadi, jangan terkejut apabila dapat markah rendah. 
Cuba tengok kat bawah. 'Please'.... jangan buat camni ye....
Memang pening kepala PEMERIKSA bila tanda kertas jawapan camni. Dalam jawapan ini ada lebih 8 poin tapi pelajar ni longgokkan semua jawapan dalam satu perenggan. Kalau nak 'score' jangan tulis camni ye...Buat perenggan cantik-cantik. Kalau tak cukup kertas, mintak je kat Pengawas Peperiksaan....
Kalau ikutkan jawapan ni ada 3 poin, tapi kenapa ada satu perenggan je. Buat la 3 perenggan
Sepatutnya buat la 3 perenggan, pastu setiap jawapan selang satu baris
Yang ni pulak, patutnya buat 6 perenggan. Namun begitu, pelajar ni longgokkan semua jawapan dalam satu perenggan
 Gambar kat atas pun buat benda yang sama. Tolong la....ingat betul-betul. BUAT PERENGGAN SETIAP JAWAPAN & SELANG SATU BARIS.

5) JAWAPAN YANG BAIK IALAH DALAM SATU PERENGGAN, MESTI ADA FAKTA, HURAIAN & CONTOH

KOMEN CONTOH DI ATAS
Ramai pelajar bila jawab soalan berkaitan kebaikan, kelemahan dan ciri-ciri hanya memberi fakta sahaja tanpa dihurai. Ini menyebabkan anda mendapat markah yang sedikit.Lepas ni kena hurai ye...
Kalau kita tengok contoh jawapan pelajar di atas, pelajar ni sangat bagus. Sebabnya :
  • Kebaikan dan kelemahan di hurai. Jawapan lengkap. Ada fakta. Ada 1 huraian dan ada contoh yang logik.
  • Pastu, pelajar ni buat perenggan setiap jawapan dan diselang satu baris. Setiap fakta jawapan diberi nombor dan digariskan. Tulisan pun senang nak dibaca.Tahniah la...syok la tanda kertas ni...
....................................................................................................................................................................
KOMEN CONTOH DI ATAS :
Jawapan ni berkaitan menentukan gaya kepimpinan dan ciri-cirinya.
Jawapan ni pun baikkkk punyeee. Sebabnya :
  • Ada fakta, huraian dan contoh yang logik & sesuai
  • Ada perenggan dan diselang satu baris.
  • Setiap fakta jawapan dinomborkan dan digariskan
  • Jawapan tak merapu. 'Straight to the point' dan jawapan  padat. Biasanya PEMERIKSA akan beri markah penuh untuk jawapan camni.... Tahniah...
  ..............................................................................................................................................................
 KOMEN CONTOH DI ATAS :
eeeee syoknya tanda jawapan ni sebabnya :
  • Semua 'complete'. Ada fakta-huraian-contoh
  • Paling bagusnya pelajar ni ialah dia beri contoh dan kemudian dikaitkan dengan kes soalan ( Soalan ni berkaitan bagaimana Teori Maslow mempengaruhi En. Adli)
  • Urutan jawapan pun betul.. (Kalau urutan salah, markah adalah kosong, 'So' hati-hati...)
  • Pastu yang lain-lain sama. Cukup perenggannya,ada selang satu baris, fakta dinomborkan. 'Best'...
...................................................................................................................................................................
KOMEN CONTOH DI ATAS:

'Well done'.. Sebabnya :
  • Cukup rencahnya. Ada Fakta-huraian-contoh yang tepat. Semua jawapan ada perenggan.
  • Cuma beza dengan jawapan lain ialah fakta jawapan tidak dinomborkan tapi diwarnakan.Takde masalah buat camni....tetap dapat markah banyak.
 ...........................................................................................................................................................
 
KOMEN CONTOH DI ATAS:
'No Problem'. Teknik ni lebih kepada teknik klasik. Pelajar ni buat ayat yang tersusun bagi menjelaskan fakta , huraian dan contoh dalam satu perenggan.Jawapan camni pun masih menceriakan PEMERIKSA. Cuma ada satu kesilapan dalam jawapan ni iaitu huraian dan contoh tidak dengan dikaitkan dengan kes En. Adli.
....................................................................................................................................................................
KOMEN CONTOH DI ATAS :
Jawapan camni boleh menyebabkan kurang markah sebabnya fakta ada tapi takde huraian dan contoh tak jelas. Oleh itu, hanya dapat markah fakta je la. Dah rugi banyak markah tu....
...............................................................................................................................................................
KOMEN CONTOH DI ATAS : Ni pun antara jawapan yang baik. 'complete' dan ikut teknik penulisan.

KESIMPULAN

Kesimpulan 1

Ingat.... satu set jawapan yang baik mesti ada:
  • Bagi Fakta jawapan
  • Kalau boleh bagi 2 huraian ( bergantung pada kehendak soalan). Elakkan daripada beri 1 huraian. Nanti markah sikit dan sebagai 'back up'. Mana la tau ada huraian yang salah, huraian lain boleh 'back up'
  • Bagi contoh. Syarat-syarat contoh yang dapat markah ialah mesti dikaitkan dengan kes soalan (jika ada la) dan bagi contoh yang logik dan tepat. Kalau boleh bagi contoh yang memang betul-betul ada kat Malaysia atau tempat lain. Jangan bagi contoh mengarut dan merapu.
Kesimpulan 2

Bila buat huraian tu, kalau boleh tulis 'keyword' dia atau perkataan penting atau ayat penting.'Key word' ni ada kat nota dan buku rujukan. 'So' terpaksa hafal la perkataan penting ni.Kenapa saya cakap camni, sebabnya PEMERIKSA biasanya apabila menanda dan membaca jawapan, dia akan cari kata kunci / perkataan penting / ayat penting yang sama atau hampir sama dengan skema jawapan PEMERIKSA.Kadang-kadang jawapan pelajar sangat panjang tapi PEMERIKSA gagal mengesan kata kunci/perkataan penting/ayat penting sebagaimana yang dikehendaki dalam skema, 'so' kosong markah. 

Jangan banyak sangat membebel bila jawab soalan esei. Maksud saya ialah jawapan panjang sampai 2-3 muka surat tapi dapat 0 markah. Sebabnya jawapan sangat merapu dan jawapan diulang-ulang 2-3 kali.Membazir dakwat, membuang masa, memenatkan tangan dan mempercepatkan jari melecet. Buat jawapan 'straight to the point' dan padat. Ringkas boleh tapi jangan terlalu ringkas.

Kesimpulan 3

Bila anda menulis jawapan, anda kena 'set' kan fikiran "aku kena persembahkan jawapan yang boleh menenangkan dan menceriakan PEMERIKSA". Jangan persembahkan jawapan yang menyebabkan hilang mod PEMERIKSA nak tanda. Jangan persembahkan jawapan yang menyebabkan PEMERIKSA rasa geram dengan jawapan.Perkara ni sangat..sangat...penting. Kalau persembahan jawapan pelajar adalah 'best' menyebabkan PEMERIKSA rasa semangat, rasa seronok, tak hilang fokus dan paling penting PEMERIKSA tak akan bagi markah 'straight'. Maksudnya tinggi budibicara PEMERIKSA kat jawapan pelajar.Kalau ada jawapan yang logik walaupun patutnya salah sebab jawapan tu takde dalam skema, biasanya PEMERIKSA akan bagi markah gak. So ini tipsnya untuk menceriakan PEMERIKSA :
  • Setiap jawapan kena buat perenggan dan setiap perenggan diselang. Kalau ada 10 jawapan buat 10 perenggan.
  • Fakta kena gariskan / dinomborkan / diwarnakan
  • Tulisan tak cantik takpe tapi mesti boleh dibaca. Tulisan mesti sederhana besar dan terang.
  • Bila menghurai tu jangan terlalu panjang sampai berjela-jela. Kalau betul takpe, ni kosong markah. Sia-sia je...

3 comments:

  1. tips bguna untuk saya.. tma kasih byk2.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Hye tuan, boleh tak saya tahu macam mana nak apply jadi pemeriksa exam matrikulasi paper pengurusan perniagaan.

    ReplyDelete