Thursday, November 11, 2010

MEN OF HONOUR : Ambil Pengajaran Kejayaan Manusia Istimewa....

Memang 'touching' tengok filem ini. Ditayangkan pada November 2000. Filem ini adalah kisah benar bernama Carl Brashear, seorang kulit hitam dalam mencapai impiannya menjadi penyelam ('Master Diver') dalam Tentera Laut USA. Cerita ini cukup bermotivasi untuk kita semua.Walaupun kisah Amerika, tapi kita boleh ambik pengajaran yang hebat dalam cerita ini iaitu " DONT, GIVE UP...NEVER..BE THE BEST...DONT BACK UNTILL SUCCESS" ( saya mengambil petikan nasihat ayah Carl Brashear sebelum Carl pergi ke kem pada tahun 1948 )
Pada zaman 1940 - 1960an, Orang kulit hitam di Amerika memang sangat ditindas.Orang kulit hitam hanya sekadar menjadi tukang masak, hamba abdi kepada orang kulit putih dan dipecat apabila tidak diperlukan lagi dalam Tentera Laut USA.Cabaran Carl untuk menjadi orang kulit hitam yang berjaya menjadi penyelam Tentera Laut memang sangat hebat. Carl terpaksa menghantar beratus-ratus borang permohonan untuk menjalani latihan di Akademi Tentera Laut. Akhirnya dia berjaya. Pastu, semasa nak daftarkan diri, Carl tidak dibenarkan masuk dan terpaksa berdiri satu hari.Carl telah dipulau oleh 'roomates' sendiri yang berkulit putih. Mereka tak mahu tidur sebumbung dengan orang kulit hitam.


Sepanjang latihan, Carl telah dibuli dengan teruk samaada buli mental atau buli fizikal. Carl telah gagal dalam peperiksaan bertulis. Dia terpaksa belajar bersungguh-sungguh dalam tempoh 6 minggu, jika tidak, Carl akan disingkirkan. Akhirnya Carl berjaya. Dalam satu latihan penyelaman, Carl telah berjaya menyelamatkan seorang pelatih kulit putih daripada maut. Namun begitu, orang lain yang dapat pingat keberanian bukan Carl.

Dalam satu ujian penyelaman terakhir, peralatan Carl telah disabotaj dan ada konspirasi untuk membunuh Carl secara terancang.Carl tidak berputus asa dan mengutip kembali peralatan yang jatuh di dasar laut.Selepas 9 jam 31 minit, dalam keadaan kesejukan, akhirnya Carl berjaya menyelesaikan ujian dengan bermaruah.Akhirnya, pengurusan atasan dengan berat hati terpaksa menerima Carl sebagai penyelam Tentera Udara USA berkulit hitam yang pertama.


Bahagian terakhir ni cukup menyentuh hati. Dalam satu tugasan, berlaku kemalangan di atas kapal laut yang menyebabkan kaki Carl dipotong. Pihak atasan Tentera Udara menyarankan Carl untuk bersara. Tapi Carl tak mau dan dia sanggup menjalani proses mahkamah untuk pastikan dia kekal sebagai penyelam ('Master Dive'). Carl telah diberi masa selama 4 minggu untuk menjalani latihan sebelum prosiding mahkamah tentera berlangsung.

Dalam mahkamah tentera, pihak atasan membuat perjanjian dengan Carl. Jika Carl mampu berjalan sebanyak 12 langkah dengan memakai pakaian menyelam seberat 290 pound, maka Tentera laut akan menerima kembali.Dengan semangat yang sangat kuat dan sikap yang tidak pernah putus asa, Carl berusaha dengan kepayahan yang amat-amat sangat berjalan sebanyak 12 langkah dengan hanya sebelah kaki normal.
Akhirnya Carl berjaya. Suasana sedih ini telah mengagumkan semua orang yang berada dalam mahkamah tersebut.Akhirnya Carl telah diterima semula untuk menjadi penyelam kulit hitam pertama yang kehilangan kaki. Selepas 2 tahun, Carl telah berjaya menjadi Ketua Penyelam kulit hitam pertama dalam Tentera Laut USA.
Saya masih ingat petikan cerita ni yang cukup menggetarkan hati saya. Ramai orang bertanya kepada Carl, kenapa masih terus nak berjuang walaupun terlalu banyak halangan dan keperitan, Carl menjawab " KERANA MEREKA KATA SAYA TAK BOLEH BERJAYA"

Hebatkan motivasi cerita ni.....WALAUPUN LOGIK AKAL KATA KITA GAGAL, TAPI DENGAN SEMANGAT YANG SANGAT KUAT, AKHIRNYA CARL BERJAYA WALAUPUN HANYA DENGAN SEBELAH KAKI.

Cuba tengok diri kita.Semua cukup. Ada kaki boleh berjalan, ada tangan boleh menulis, ada mata boleh membaca dan ada telinga boleh mendengar segala nasihat. Tapi persoalannya kenapa kita tak boleh berjaya......kenapa kita asyik putus asa...kenapa kita asyik merungut, tak cukup itu, tak cukup ini.... kenapa kita selalu tewas dengan masalah hidup...


Gambar di atas : Isyanti, Bekas pelajar saya (sebelah kiri sekali), walaupun cacat, tidak boleh berjalan, pelajar ini masih mampu mendapat keputusan CGPA Matrikulasi Perakaunan lebih 3.50. Dia juga berjaya mendapat anugerah kecemerlangan akademik Matrikulasi tahun 2006/2007. Saya masih teringat lagi, semasa dia nak ambik sijil penghargaan, Isyanti tak mau dipimpin. Suasana ini mengharukan semua yang berada dalam dewan termasuk la saya, cikgu yang mengajarnya. Suasana yang cukup bermotivasi hinggakan semua audien termasuk ibu bapa bertepuk tangan cukup kuat sambil berdiri.


Ada 2 perkara yang saya kagumi. Isyanti ni kalau pergi ke kelas, dia tak mau dihantar oleh felo naik kereta. Dia sanggup berjalan sejauh hampir 1 km bersama 3 orang sahabat karibnya yang menemaninya sepanjang masa.Kagum la dengan sahabat-sahabatnya yang setia.


Satu lagi, dalam tempoh satu tahun, tak pernah dia lewat walau seminit dalam kelas saya. Tapi orang yang tak cacat pulak yang selalu lewat masuk kelas saya berminit-minit.....

Ogos 2010, Universiti Malaya: “Biarpun mata tidak mampu untuk melihat, tetapi hati perlu diterangkan dengan ilmu. Itu nasihat mendiang ibu yang sehingga kini menjadi prinsip hidup saya,” kata graduan Sarjana Pendidikan Universiti Malaya (UM), Laxme Preyalatha, 34, yang cacat penglihatan sejak lahir.

"Saya mahu bantu keluarga di kampung, ini saja harta yang saya ada untuk membalas jasa kedua ibu bapa.” Itulah kata-kata graduan Orang Kurang Upaya (OKU) Nik Nor Ermiza Rozana Mustafa, 27, selepas menerima Anugerah Khas, Abdullah Ibnu Umm Maktum pada majlis Konvokesyen Ke-25 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 2009.Dilahirkan cacat dan dalam kedaifan bukanlah sesuatu yang menjadi pilihan. Namun itu tidak pernah melemahkan semangat Nik, anak seorang petani dari Kampung Gong Pak Mentosa, Besut, Terengganu.
“Ini semua ujian daripada Allah dan saya bersyukur ibu bapa saya sudah semakin sembuh dan kejayaan saya pada hari ini adalah hadiah terbaik untuk mereka.
“Jika dahulu ada yang memandang rendah kemampuan saya, kini saya sudah buktikan yang saya mampu berjaya seperti individu normal yang lain,” katanya yang mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK), 3.404.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Konvokesyen UIAM Ke-26, 2010
“Saya bersyukur kerana dapat menamatkan pengajian saya walaupun keadaan fizikal saya tidak sempurna seperti rakan lain. Apa yang penting saya sentiasa mendapatkan pertolongan pensyarah dan rakan sekiranya tidak memahami sebarang subjek.
“Selain itu, saya sentiasa menguatkan semangat supaya tidak berasa terasing daripada rakan. Cabaran sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) memang besar, apatah lagi ketika berada di universiti yang tersohor ini dan bersaing dengan rakan lain sempurna,” katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen ke-26 UIAM 2010
Mengimbas kepayahannya apabila terpaksa berulang alik menghadiri kuliah dan bergantung kepada bantuan rakan ketika belajar di universiti itu, Mohamad Fadhly bertekad membuktikan bahawa kecacatan tidak menghalangnya untuk berjaya dalam pelajaran.
Mohamad Fadhly yang mengalami penyakit soft bone’ berketinggian 94 meter berkata, sepanjang pengajiannya di UDM , beliau banyak bergantung kepada rakan-rakan untuk ke kuliah kerana tinggal di rumah sewa.
‘‘Saya akan menumpang kereta atau motosikal rakan untuk ke kelas dan apabila mereka tiada kelas jadi saya pun tidak ke kelas,” katanya.
Majlis Konvokesyen UKM yang kali ke-37 2009, Lee Tur Chung menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) merupakan pelajar pintar dan pemimpin pelajar yang tidak mudah putus asa setiap kali mendepani kegagalan "Harapan saya kepada para pelajar Pekak agar mereka tidak cepat putus asa walaupun menghadapi cabaran dan halangan untuk terus belajar. Saya ingin melihat lebih ramai warga Pekak memiliki pendidikan tinggi yang setanding dengan orang biasa dari segi kerjaya, pendidikan dan sosi-ekonomi.


.................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment