Sunday, October 24, 2010

BREAD (ROTI) , LOVE (CINTA) AND DREAMS (IMPIAN) : Kasih Sayang Ibu dan Ayah yang tidak pernah padam terhadap anaknya....sedih..sedih..

OKTOBER 2010

Saya memang kurang minat dengan drama Korea dan saya kurang berminat dengan cerita berkaitan cinta lelaki dan perempuan.Satu malam, isteri saya menyuruh saya duduk dan tengok satu drama Korea.Mula-mula tu saya tak mau tapi akibat didesak maka saya tengok la untuk 5 minit sahaja. Isteri saya kata " Tengok dulu..abang mesti suka cerita ni...bukan cerita cinta ni". Saya ingat 5 minit je tahan, rupa-rupanya abis 1 jam, saya tengok.Akhirnya, saya jadi peminat fanatik, saya tidak pernah 'miss' drama ni.Saya akan batalkan segala program pada setiap hari rabu dan khamis, jam 900-10.00 malam, semata-mata nak tengok drama BREAD, LOVE AND DREAMS.
Kenapa saya sangat teruja dengan cerita ni. Jawapannya, ini bukan cerita sembarangan, ini cerita berkaitan kasih sayang anak dan ibu, perjuangan mencapai matlamat, keberanian, semangat tidak mudah putus asa, kejujuran hidup, kecekalan dan kesabaran dalam menentang segala halangan, cabaran dan segala konspirasi yang hebat.Sebelum tu, saya nak tunjukkan watak-watak dalam drama ni, nanti senang nak cerita....



 Kita mulakan barisan gambar di atas adalah watak utama, bermula dari kiri sekali :
Kim Tak-Goo  ( Hero ), Kim Mi-Soon (Emak Tak Goo),Koo Il-Joong ( Bapak Tak Goo), Seo In-Sok (Emak Tiri Tak Goo ), Ku Ma-Joon ( Adik Tiri Tak Goo), Han Seung-Jae ( Orang Kanan Bapak Tak Goo),
Yang Mi-Soon (Kawan Rapat Tak Goo), Yang In-Mok (Bapak Mi Soon), Shin Yu-Kyung ( Makwe Tak Goo), Teacher ( Pemilik Kedai Roti dan Guru Tak Goo) dan Mrs Hong ( Nenek Tak Goo)

SEDIKIT SINOPSIS...

Kisah ini berkisar tahun 1970an hingga 1990an. Mengisahkan perjuangan Tak Goo untuk menjadi anak yang berjaya tetapi terpaksa berhadapan dengan konspirasi kejahatan Mr. Han, iaitu orang kanan bapanya yang berpaling tadah secara diam-diam bersama emak tiri Tak Goo dan dalam masa yang sama membuat hubungan sulit dengan Mr. Han. Halangan, rintangan dan cabaran yang dialami oleh Tak Goo, ibunya dan orang-orang sekelilingnya yang rapat memang sangat hebat. Sejak ibunya mengandungkan Tak Goo lagi, sudah beberapa kali berlaku percubaan untuk menculik dan membunuh. Namun Mr. Han gagal.

Semasa umur Tak Goo 12 tahun, ibunya memperkenalkan Tak Goo kepada bapanya yang sebenar, mak tiri, nenek Tak Goo dan adik-adik tiri Tak Goo. Bermula lah episod penderitaan Tak Goo. Tak Goo dimarahi, dicaci, dibuli, dipukul dan difitnah oleh mak tiri dan adik-adik tiri terutama Ma-Joon. Namun begitu, ada yang masih sayang dengan Tak Goo iaitu neneknya. Sayangnya, nenek Tak Goo meninggal disebabkan terkejut apabila terdengar perbualan rahsia Mr. Han dan menantunya berkaitan hubungan sulit mereka dan status Ma Joon yang sebenarnya hasil hubungan sulit mereka.Tak Goo mempunyai keistimewaan tertentu yang sama dengan bapanya dan tidak ada pada adik-adik tirinya iaitu boleh menghidu roti. Tak Goo boleh kenalpasti samaada roti itu sedap atau tidak, berkualiti atau tidak, rosak atau tidak.Ini yang menyebabkan bapanya cukup sayang pada Tak Goo tetapi semakin dibenci oleh mak tiri dan Ma-Joon.

Berlakulah satu konspirasi dimana ibu Tak Goo diculik . Mr. Han telah menjalankan konspirasi untuk menjual Tak Goo dengan nelayan tempatan. Tak Goo berjaya melarikan diri dan terus melarikan diri daripada rumah banglo bapanya.

Kenangan
bersama arwah nenek
semasa umur 17 tahun.
Kadang-kadang seorang
nenek lebih memanjakan
cucunya daripada
anak sendiri....
Tak Goo pun berumur 24 tahun. Tak Goo masih mencari ibunya. Dia akan membelasah semua samseng-samseng dan selepas itu melihat lengan samseng-samseng tersebut samaada ada tatoo atau tidak.Sebab masa ibunya diculik, Tak Goo nampak tatoo di lengan penculik ibunya.Akhirnya Tak Goo mengenalpasti penculik ibunya berada di kedai roti Pallbong sebagai pembuat roti. Beberapa kali cuba untuk masuk tetapi gagal, dihalang oleh pengurus dan pekerja di situ. Tak Goo berlutut dihadapan kedai tak kira siang atau malam dan tanpa menjamah makanan semata-mata untuk mendapatkan simpati agar dia dapat masuk ke dalam kedai roti. Akhirnya berjaya masuk hasil ehsan pengerusi kedai roti tersebut yang kebetulan terjumpa Tak Goo dihadapan kedai.

Bermula lah episod penderitaan dan cabaran di kedai roti pulak. Kebetulan ada pulak Ma Joon, adik tiri Tak Goo kerja kat situ. Ma Joon tahu itu adalah Tak Goo tetapi Tak Goo tak tahu itu adalah Ma Joon.Peringkat awal Tak Goo dibuli, disuruh bekerja sebagai pengangkat guni tepung dan tukang cuci tetapi akhirnya berjaya menjadi pembuat roti kedai Pallbong.Di kedai ini lah, Tak Goo telah berjaya mendapat maklumat daripada penculik ibunya bahawa ibunya sebenar telah jatuh ke dalam gaung sungai semasa melarikan diri. 

Ma Joon tidak pernah berhenti daripada menyakiti hati Tak Goo dan cuba untuk menjatuhkan Tak Goo. Satu ketika, Pengerusi kedai roti ingin melantik seorang daripada pekerjanya untuk menjadi pembuat roti yang diiktiraf olehnya. Ada 3 pusingan yang perlu dilalui setiap pekerja. Sepanjang pertandingan ini, Tak Goo banyak difitnah supaya Tak Goo gagal.Paling teruk sekali, apabila Tak Goo hampir buta dan diracun yang menyebabkan keistimewaan merasa dan menghidu Tak Goo telah hilang. Kejahatan ini dilakukan oleh pekerja kedai roti itu sendiri dan Ma Joon.Tak Goo tetap tidak berputus asas dan akhirnya melepasi halangan 1 dan 2 iaitu menyediakan roti paling mengenyangkan dan roti paling sedap.

Sebenarnya banyak peristiwa-peristiwa menarik dalam episod kedai roti ini.Segala masalah-masalah yang berlaku banyak diatasi oleh Tak Goo.Banyak orang yang jahat berjaya menjadi baik disebabkan Tak Goo.Disebabkan rasa kecewa kerana gagal menjatuhkan Tak Goo, akhirnya Ma Joon telah membakar kedai roti Pallbong dan mencuri resepi rahsia pengerusi kedai roti.Disebabkan tekanan demi tekanan menyebabkan pengerusi kedai roti meninggal.Tak Goo telah berjaya menggagalkan niat jahat pesaing kedai roti Pallbong yang mengatakan resepi kedai roti Palbong adalah milik pesaing tersebut.Kedai roti pallbong telah disita dan tidak dibenarkan beroperasi disebabkan konspirasi jahat Mr. Han dan mak tiri Tak Goo.Di kedai roti Pallbong inilah, akhirnya bapa Tak Goo dapat berjumpa, mengenali dan anaknya sendiri. Di kedai roti inilah, Tak Goo baru menyedari bahawa Ma-Joon adalah adik tirinya.Di kedai inilah, akhirnya mak tirinya baru menyedari bahawa Tak Goo bekerja di kedai roti Pallbong.

Di pendekkan cerita, bapa Tak Goo jatuh sakit. Akhirnya peguam syarikat bapanya, syarikat Geosung menghantar wasiat kepada Tak Goo, bahwa Tak Goo adalah proksi bapanya sebagai pengerusi dan CEO syarikat Geosung. Bertambah bengang lah mak tiri Tak Goo dan Mr. Han. Bermulalah penderitaan dan cabaran sebagai proksi pengerusi syarikat Geosung. Peringkat awal memang sangat kekok Tak Goo dalam menjalankan kerja-kerja syarikat tapi dibantu oleh orang-orang yang pro Tak Goo.

Mr Han telah membuat konpirasi supaya kilang roti Geisung jatuh bankrup. Rancangan ini telah berjaya dipatahkan oleh Tak Goo dengan menyediakan roti yang paling sedap dan menggembirakan semua orang.Gagal lagi Mr. Han.Tak Goo akhirnya dapat berjumpa dengan ibunya. Itu pun sangat sukar kerana diculik oleh Mr. Han dan Tak Goo telah dibelasah dengan teruk sebelum dapat peluk ibunya.(rupa-rupanya ibunya telah terselamat semasa jatuh ke dalam sungai 12 tahun dulu). 

Cerita ini semakin dramatik, apabila bapa Tak Goo sebenarnya berpura-pura koma semata-mata untuk mendengar cerita sebenar kejahatan isterinya dan Mr. Han. Akhirnya bapa Tak Goo tahu segala-galanya bahawa Mr. Han telah berpaling tadah dan segala kejahatan isterinya terhadap Tak Goo. Bapa Tak Goo juga tahu kedua-duanya mempunyai hubungan sulit. Mr. Han dan mak tiri tak Goo berasa sangat kecewa dan konspirasi terakhir adalah membunuh Tak Goo.Percubaan membunuh ke atas tak Goo juga gagal menyebabkan Mr. Han ditangkap polis.

Pada bahagian akhir, Lembaga Pengarah syarikat Geosung telah berpuashati terhadap Tak Goo dan melantik CEO yang baru. Namun, Tak Goo menolak dan mencadangkan kepada kakak tirinya. Bagi Tak Goo, dia hanya pandai membuat roti dan mahu menjadi pembuat roti. Apa yang paling penting dia ingin bersama ibunya dan hidup tenang. Akhirnya semua orang yang jahat telah menjadi baik disebabkan kejujuran Tak Goo termasuk Ma-Joon adik tirinya dan yang masih belum berubah adalah mak tiri Tak Goo.

'SCENE' YANG PALING MENYAYAT HATI SAYA DAN MEMBERI KESAN MENDALAM DALAM HATI SAYA.

Semasa Tak Goo berumur 12 tahun....

  1. Ibu Tak Goo bertekad membawa Tak Goo ke rumah bapa Tak Goo. Ibu Tak Goo memperkenalkan kepada bapanya, mak tiri, nenek Tak Goo dan adik beradik tiri bahawa ini adalah Tak Goo, anak kepada pengerusi syarikat Geusong.Semasa ibu Tak Goo meninggalkan Tak Goo di rumah bapanya, Tak Goo menangis-nangis, tak mau duduk di rumah itu. Ibunya memaksa sambil menasihati anaknya "agar jadi orang yang berguna, berjaya dan jaga makan setiap hari.Selagi Tak Goo tak berjaya, selagi itu lah mak tak akan jumpa Tak Goo'
  2. Tak Goo nampak ibunya diculik. Tak Goo berlari-lari sambil menangis dan menjerit nama ibunya. Ibunya juga menjerit-jerit memanggil nama Tak Goo. Akhirnya, Tak Goo cukup menyesal sebab gagal menyelamatkan ibunya.Bermula lah pencarian ibunya selama 12 tahun.
  3. Tak Goo difitnah oleh Ma Joon, adik tirinya bahawa Tak Goo mencuri.Tak Goo cuba menafikan tetapi gagal dan terpaksa mengakui. Tak Goo dibawa kepada neneknya untuk di rotan. Tak Goo terkejut kerana neneknya tak jadi rotan dan berpura-pura rotan. Nenek Tak Goo memberi nasihat agar Tak Goo bersabar dan dia tahu Tak Goo tak bersalah.
 Teringat zaman kecik-kecik dulu, selalu bergaduh dengan adik..Bila dah besar ni rasa menyesal pulak. Tapi biasa la kot, budak-budak... tak boleh nak fikir waras lagi....

Semasa Tak Goo berumur 24 tahun.....

  1. Tak Goo jumpa penculik ibunya di kedai roti Pallbong. Tak Goo terpaksa melutut berhari-hari tanpa makan semata-mata untuk pujuk pengurus kedai roti membenarkan dia masuk untuk berjumpa dengan penculik ibunya. Kata-kata Tak Goo yang menyayat hati " Tolong lah benarkan saya masuk... 12 tahun saya mencari ibu saya...saya hanya nak tanya kepada orang tu dimana ibu saya"
  2. Tak Goo menyertai pertandingan menjadi pembuat roti yang diiktiraf oleh pengerusi kedai roti pallbong. Terlalu banyak sabotaj dan fitnah daripada Mr. Han dan Ma Joon, bagi memastikan Tak Goo kalah.Tak Goo dituduh mencuri bahan mentah peserta lain, Tak Goo dituduh merosakkan bahan mentah peserta lain, dapur gas meletup yang menyebabkan Tak Goo hampir buta dan Tak Goo telah diracun sehingga hilang keistimewaan deria rasa dan deria bau Tak Goo. Walaupun macam mana hebatnya cabaran Tak Goo, Akhirnya Tak Goo berjaya gak menang dan layak untuk masuk pertandingan akhir.
  3. Tak Goo akhirnya berjaya bercakap dengan penculik ibunya yang merupakan pekerja kedai roti Pallbong. Penculik tersebut mengatakan " saya gagal menyelamatkan ibunya semasa terjatuh daripada gaung sungai..maafkan aku Tak Goo". Bila dengar camtu, apalagi Tak Goo pun menjerit-jerit menangis. Seminggu tak makan apa sampai sakit-sakit. Pastu kawan perempuan Tak Goo paksa Tak Goo makan sambil menyuapkan bubur ke dalam mulutnya. Tak Goo menangis sebab suapan itu mengingatkan Tak Goo dengan kali terakhir ibunya menyuapkan dia 12 tahun lalu.
  4. Ini bahagian yang cukup sedih.Selepas Tak Goo lari dari rumah semasa berumur 12 tahun, bapanya cuba untuk mencari tapi gagal.Bapanya kerap gak pergi kedai roti Pallbong kerana pengerusi kedai tersebut adalah gurunya.Selalu gak bapa Tak Goo terserempak dengan Tak Goo tapi bapanya tak sedar, itu adalah anaknya.Tak Goo sedar itu adalah bapanya, cuma Tak Goo tak mau bagitau sebab semasa kecil dulu Tak Goo berjanji akan jumpa bapanya apabila Tak Goo berjaya.Akhirnya bapa Tak Goo tahu bahawa Tak Goo adalah anaknya selepas diberitahu pekerja Pallbong. Pada satu malam bapa Tak Goo pergi ke kedai Pallbong, tempat membuat roti melihat Tak Goo membuat roti. Tiba-tiba bapanya memanggil nama "Tak Goo anakku". Maka berpelukan lah kedua anak beranak ni dengan tangisan. Cukup menyayat hati....
  5. Ibu Tak Goo sebenarnya telah berjaya diselamatkan. Sepanjang 12 tahun, ibu Tak Goo mengumpul kekayaan bagi tujuan menjatuhkan Mr. Han. Satu ketika, ibu Tak Goo telah diberitahu bahawa anaknya masih hidup dan telah berjaya menjadi proksi bapanya  sebagai pengerusi syarikat. Ibunya bersungguh-sungguh ingin berjumpa Tak Goo dan pergi ke bangunan pejabat Tak Goo.Semasa di lif, Tak Goo terserempak ibunya tapi dia tak tahu itu ibunya.Tiba-tiba ada pulak orang panggil nama Tak Goo dihadapan ibunya. Apa lagi, ibunya pun terduduk sambil menitiskan airmata. Namun begitu, ibunya masih tak bersedia untuk jumpa anaknya Tak Goo.
  6. Ini pun cukup sedih.Tak Goo mengetahui bahawa ibunya masih hidup. Tak Goo mendapat berita bahawa ibunya diculik oleh Mr. Han. Apa lagi, Tak Goo pun mengejar penculik tersebut. Sampai di satu bukit, ibu Tak Goo berjaya lepas dari jip. Tak Goo cuba mendapatkan ibunya tetapi telah dipukul dengan teruknya oleh orang-orang Mr. Han. Kata-kata Tak Goo yang menyayat hati " Kamu boleh pukul aku sepuas-puasnya. Tapi kamu tak boleh nak halang aku.Aku hanya nak tengok muka ibu ku...Aku hanya nak peluk ibu ku...12 tahun aku menunggu saat ni..aku merayu..tolong lah beri peluang kepada aku". Akhirnya penculik tersebut merasa simpati dan melepaskan Tak Goo dan ibunya. Maka Tak Goo segera memeluk ibunya sambil menangis,memanggil-mangil nama ibunya, akhirnya berjaya kedua-duanya bersatu kembali. Cukup 'touching'..... 
  7. Selepas berjaya menyelamatkan ibunya, Tak Goo bawa pulang ibunya ke kedai roti Pallbong. Sepanjang perjalanan, Tak Goo setiap masa meletakkan kepalanya di peha ibunya. Pada malam itu, akhirnya Tak Goo berjaya tidur satu bantal dengan ibunya setelah 12 tahun...sedih betul la 'part' ni...
Tengok cerita ni, teringat kat keluarga di kampung

Keluarga aset paling bernilai...kena hargai ni...

MOTIVASINYA KEPADA SAYA DAN KEPADA ORANG LAIN...

  1. Memang saya akui, selepas menonton bahagian-bahagian yang sedih melibatkan Tak Goo dan ibunya, saya  terus telefon emak saya.Saya bersyukur mak saya masih hidup lagi. Saya berterima kasih atas segala pengorbanan yang mak saya lakukan untuk saya.Saya tak punyai wang yang banyak tapi saya tak akan lupa berdoa kepada mak dan ayah saya, semoga Allah memberi kasih sayang kepada keduanya.Sayangilah keduanya. Hargailah segala masa-masa yang ada untuk bersama ahli keluarga terutama ibu dan ayah.
  2. Tak Goo telah mengajar saya agar jangan sekali-kali putus asa dan patah semangat apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran, siksaan dan penderitaan.Bersabarlah kerana satu hari nanti orang baik akan menang. Satu hari nanti, pasti kita akan berjaya.
  3. Walaupun Tak Goo disiksa fizikal, emosi dan hatinya, Tapi Tak Goo tetap bersabar, tidak berdendam, menolong orang-orang yang memusuhi Tak Goo malah memberi nasihat kepada mereka. Akhirnya dengan sikap sedemikian menyebabkan orang yang tak suka Tak Goo tadi menjadi baik dan menghormati Tak Goo.Macam tu lah dengan kita semua... memang Islam ajar camtu. Kita perlu bersabar dan berdoa semoga orang-orang yang memusuhi kita akan diberi hidayah oleh Allah.

1 comment:

  1. salam kenal
    jumpa blog ni sbb tak sabar nak tahu kesudahan cerita roti cinta dan impian ;)
    baru je layan mmg lepas

    ReplyDelete