Tuesday, August 7, 2012

KURSUS KOMUNIKASI MEMUKAU BERSAMA MOTIVATOR EN FADZLI YUSOF....

2-5 JULAI 2012....IMPIANA RESORT CHERATING..
ISNIN - KHAMIS

Memang menyeronokkan la kursus ni...Seronok dapat ilmu baru yang lain daripada yang lain, unik dan ilmu yang tak semua orang perolehi.Saya sangat serius dan fokus 100% untuk cuba menguasai ilmu ni daripada penceramah yang hebat ni iaitu EN. FADZLI BIN YUSOF, Master Trainer Global Genius Consultant Sdn. Bhd. Sedikit maklumat tentang En Fadzli ni, dah menghasilkan 30 buah buku motivasi yang telah terjual melebihi 100,000 naskhah buku dan ada buku beliau yang menjadi bestseller. Publisiti beliau sangat meluas sebagai penceramah motivasi di Motivasi Pagi TV3, Motivasi Murid TV9, Wanita Hari Ini TV3, Malaysia Hari Ini TV3, Hujung Minggu Malaysia RTM, Astro Awani, Segmen Remaja IKIM, majalah Solusi, eSiswa, Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia, Sinar dan banyakkkkkkk lagi keluar TV dan suratkhabar.

Kursus yang saya sertai ini berkaitan komunikasi guru yang berkesan dan memukau kepada pelajar. Memang sesuai la dengan saya yang bergelumang dengan pelajar setiap hari. Tujuan kursus ni ialah meningkatkan seni mempengaruhi minda, memahami konsep dan proses berfikir manusia supaya dapat memanipulasikan dalam komunikasi, memahami teknik NLP dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan merangsang potensi pelajar.

Apa yang saya belajar dalam kursus ini ialah :
  • KONSEP NLP : NEURO - Ilmu yang berkaitan sistem minda, tubuh dan proses berfikir. LINGUISTIC - Ilmu berkaitan pengaruh bahasa. PROGRAMMING - Ilmu berkaitan corak pemikiran dan gaya kita nelihat dan memberikat respon terhadap sesuatu.
  • 4 GAYA BERFIKIR : VISUAL - Berfikir dengan membayangkan imej dalam fikiran. AUDITORI - Berfikir dengan menyebut dan mendengar dalam fikiran. KINESTATIK - berfikir dengan menghayati dan merasai sesuatu perkara dalam fikiran. DIGITAL - Berfikir secara struktur, peta minda, fakta, statistik.
  • MEMBACA BAHASA BADAN : Membaca minda melalui Mata, Pernafasan, Suara, Gerak Tubuh dan Perkataan yang digunakan.
  • PERKATAAN-PERKATAAN DAN AYAT-AYAT MEMUKAU BERDASARKAN GAYA BERFIKIR.
  • MENGENALI GAYA ULANGKAJI PELAJAR MELALUI GAYA BERFIKIR VISUAL, AUDITORI, KINESTATIK DAN DIGITAL.
  • BAHAN MEMUKAU MINDA : 1) Mengajar menggunakan pendekatan Why, What, If dan How. 2) Menggunakan teknik Attention, Interest, Desire dan Action. 3) Teknik mempengaruhi otak orang lain menggunakan kaedah Pacing dan Leading. Maksudnya teroka pandangan otak individu terlebih dahulu. pastu baru kita lead. 4) Teknik mempengaruhi melalui Chunking Up dan Chunking Down. Maksudnya terangkan big picture atau general dan terang juga secara khusus (specific)
  • TEKNIK MEMOTIVASIKAN ORANG RAMAI : teknik ini bertujuan untuk mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu melalui teknik Kuasa, Penghormatan, Pencapaian.
  • 5 TEKNIK KOMUNIKASI MEMUKAU : 1) Kemahiran Menukar Tegahan kepada Ayat Informasi. 2) Kemahiran Menukarkan Nasihat kepada Hikmah. 3) Kemahiran Memuji dan Mengiktiraf. 4) Kemahiran Memberikan Komen Membina. 5) Kemahiran Menghargai dan Berterima kasih.
  • TEKNIK HIPNOSIS.

Berjaya gak dapat peserta terbaik.Dapat buku percuma beserta tandatangan En Fadzli..
 

Apa-apa pun terima kasih En Fadzli. Seronok dapat berkenalan dan berkongsi ilmu dengan En. Fadzli. Harap-harap saya adalah orang yang tepat mendapat ilmu ini......

Wednesday, June 1, 2011

SIRI 2 - TIPS MENJAWAB DAN MENCERIAKAN PEMERIKSA UNTUK SOALAN AN025 PENGURUSAN PERNIAGAAN MATRIKULASI PERAKAUNAN

Kali ni saya nak berkongsi pengalaman seterusnya, sebagai pemeriksa kertas Pengurusan Perniagaan Matrikulasi Perakaunan. Fahami betul-betul apa yang nak saya komen di bawah. Please...jangan ambik mudah. Setiap komen di bawah sangat penting untuk memastikan pemeriksa kertas anda rasa sangat seronok, tidak tertekan, rasa akrab, terlalu ambil berat terhadap kertas anda dan apa yang penting ' mengharapkan budibicara yang tinggi daripada pemeriksa supaya dapat beri markah yang ok"..


KES 1: KETATNYA IKAT...


Agak-agak apa kesalahan kertas jawapan tersebut...Ye betulll....ikat benang terlalu ketat. Sampai terkoyak nak buka kertas jawapan camni. Nak tulis markah kat bahagian tepi pun susah. So kesimpulannya, awal-awal lagi dah menggeramkan pemeriksa....Jalan penyelesaiannya mudah " longgarkan ikatan benang, jangan terlalu ketat".


KES 2 : TAK JAWAB SOALAN


Gambar di atas : Tak suka sangat pelajar yang tak jawab soalan. Kalau tak tahu nak jawab, hentam je, ikut logik. Mana la tau, pemeriksa bagi markah kesian. Ini tak jawab langsung, so, confirm la dapat 0 markah.


KES 3 : JAWAPAN TIDAK KEMAS


Gambar di atas : Jawab macam main-main je. Tulisan boleh dibaca tetapi tidak kemas dan macam takde motivasi nak jawab. Bila buat camtu menyebabkan pemeriksa pun rasa kurang bermotivasi nak bagi markah tinggi...


KES 4 : AMBOI...JAWAPAN 1 BARIS JE TAPI GUNA SATU MUKA SURAT...


Calon ni menggunakan teknik menjawab 1 soalan , 1 mukasurat. Kadang-kadang tu, soalan hanya 1 markah je dan jawapan pun hanya melibatkan 2 perkataan sahaja tapi guna satu muka surat penuh pelik..pelik...Biasanya calon lain guna purata 10 muka surat je, tapi calon jenis ni kena guna lebih 20 muka surat termasuk kertas tambahan. Sebenarnya takde masalah nak buat teknik camni tapi nampak rasa pelik dan janggal pulak.


KES 5 : TEKNIK MENJAWAB NISBAH KEWANGAN


Majoriti calon cukup suka nak jawab soalan nisbah kewangan ni. Kononnya soalan senang la dan senang nak dapat markah banyak. Tapi tahukah anda, semasa saya menanda jawapan soalan nisbah ni, masih ramai lagi calon yang gagal mendapat markah penuh. Hanya sebahagian sahaja yang dapat markah penuh. Nak tau sebab apa.. tengok kat bawah...

Gambar di atas : Formula betul, jalan kerja salah sikit dan jawapan salah. Agak-agak berapa markah pelajar ni dapat. Kalau ikut skema zaman dulu, kalau jawapan salah, 'confirm' dapat 0 markah. Tapi skema sekarang dah dilonggarkan. Walaupun jawapan salah tapi kalau ada beberapa jalan kerja yang betul masih boleh dapat markah. Jadi, pelajar ni dapat 1/2 markah sebab nilai jumlah aset dan jualan adalah betul.

Gambar di atas: Sayanggg betul la...formula betul, jalan kerja betul, jawapan betul tapi tak dapat markah penuh...Sebab apa ye...Sebabnya, silap tulis jawapan. Pulangan atas aset sepatutnya dalam peratus dan bukannya dalam RM. So kena tolak 1/2 markah

Gambar di atas : Tempoh purata kutipan sepatutnya dalam 'hari' bukan 'kali'..Tak pasal-pasal kena tolak 1/2 markah. Rugi-rugi...'silly mistake'


Gambar di atas : Cuba tengok jawapan tempoh purata kutipan dan margin untung bersih. Semua ok tapi kenapa tak tulis 'hari' dan 'peratus'. So kena gak tolak 1/2 markah....


Gambar di atas : Tengok contoh di atas. Kertas ni dapat markah penuh. Formula betul, jalan kerja betul, jawapan betul. Peratus, kali dan hari pun betul..


KES 6 : JAWAB SOALAN PERT


Gambar di atas : Semua dah betul tapi kenapa tak letak minggu. Jadi, jawapan ni terpaksa kena tolak 1/2 markah setiap laluan. Kat situ ada tiga laluan, maksudnya kena tolak 1 1/2 markah. Banyak tu...cuai lagi...


Gambar di atas : Contoh jawapan dapat markah penuh. Tulisan kemas dan teratur. Jalan kerja dan jawapan betul. 'Minggu' pun betul...good job...


KES 7 : KESILAPAN MENJAWAB BELANJAWAN MODAL...


Ini soalan popular kerana dianggap mudah. Namun begitu, masih ramai yang dapat 0 markah atau dapat markah sikit. Apa sebabnya..tengok contok di bawah...

Gambar di atas : Kesian sangat...mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan pelajar ni. Tak tau buat langsung. Soalan jelas mintak NKB tapi dia jawab TBB. So daripada 15 markah, kertas ni dapat 0 markah.

Gambar di atas : Pelik betul la. Cuba tengok nilai faktor PVIF kat gambar di atas. Sebab apa budak ni letak nilai faktor yang sama 0.8621 untuk setiap tahun. Sangat salah... Kertas ni hanya dapat 1 markah sahaja daripada 15 markah.

 Gambar di atas : Kesilapan jawapan ni ialah nilai masa wang yang digunakan. Sepatutnya dalam mencari NKB dan IK untuk aliran tunai yang tidak sama kena guna PVIF sahaja. Tak boleh guna lain. Saya rasa pelajar ni guna samaada PVIFA atau FVIF atau FVIFA. Jadi hanya dapat 1 markah sahaja daripada 15 markah.

Gambar di atas : Jadual dah betul tapi silap formula NKB pulak. Pelajar ni guna formula IK pulak. So disebabkan kesalahan ni maka pelajar ni hilang 4 markah.

Gambar di atas : Jalan kerja ok dan alasan pun ok tapi jawapan NKB salah pulak. Macam mana dia boleh dapat 3.03..sayang..sayang..

Gambar di atas : Ini adalah jawapan paling terbaik dan sempurna...tahniah dapat markah penuh 15 markah...


KES 8 : SOALAN TEORI DALAM SOALAN ESEI BAHAGIAN B


Soalan teori adalah soalan paling tidak popular dikalangan pelajar. Diaorang lebih suka jawab pengiraaan daripada teori. Kalau 100 orang, hanya 10 orang sahaja yang berani jawab soalan teori ( soalan no 14 dalam bahagian B).
Gambar di atas : Ini adalah contoh teknik jawapan soalan esei yang paling disukai oleh Pemeriksa. Tulisan kemas dan ada huraian dalam fakta tertentu.

Gambar di atas : Ini adalah contoh jawapan seperti orang yang tak bersemangat nak jawab. Tulisan boleh dibaca tapi susunan ayat lintang pukang, tak tau mana huraian.Tulisan kejap lain, pastu baris lain, lain pulak tulisannya. Macam-macam mod pelajar ni....

Gambar di atas : Kenapa ada yang dapat 1 markah dan 2 markah. 
  • Sepatutnya setiap fakta tu kena bagi 2 huraian yang tepat. Barula dapat markah penuh
  • Ada pelajar yang suka sangat mengulang semula fakta dalam huraian.Contohnya camni. Fakta : Tidak membazir sumber. Huraian : Setiap syarikat perlu memastikan tidak berlaku pembaziran sumber. So tak dapat markah huraian.
  • Ada pelajar yang suka buat huraian yang terlalu umum. Ini pun tak dapat markah.
Gambar di atas : Kalau tengok secara kasar, takde ape yang salah jawapan ini. Sebelum tu tengok soalan ni dulu: Berikan 4 kepentingan etika ( 4 markah). Hanya satu markah sahaja untuk setiap satu kepentingan. Cuba tengok jawapan di atas, panjang gila huraiannya. Macam nak jawab soalan 15 markah. Walhal nak dapat 1 markah je bagi setiap kepentingan.

Gambar di atas : Kertas jawapan di atas adalah paling 'perfect'. Tulisan tak elok takpe. Yang penting boleh baca, kemas dan jawapan betul.

Tuesday, March 29, 2011

KASIH SAYANG AYAH TAK PERNAH LUNTUR....

FEBRUARI 2011

Rasa sayu pun ada..sedih pun ada..tak sanggup nak tinggalkan Humaira bila kena chicken pox.Tak sampai umur 3 tahun dah kena.Setiap hari Humaira menangis terutama masa nak mandikan Humaira dan bagi ubat.Setiap hari berpuluh-puluh perkataan keluar daripada mulut Humaira "mama-papa cakit..cakit..cakit..". Ini lah ujian Allah, menguji kesabaran seorang ibu dan ayah. Ape-ape pun, mama-papa tak pernah lupa mendoakan Humaira dan tak pernah berkurang kasih sayang kat Humaira.