Tuesday, August 7, 2012

KURSUS KOMUNIKASI MEMUKAU BERSAMA MOTIVATOR EN FADZLI YUSOF....

2-5 JULAI 2012....IMPIANA RESORT CHERATING..
ISNIN - KHAMIS

Memang menyeronokkan la kursus ni...Seronok dapat ilmu baru yang lain daripada yang lain, unik dan ilmu yang tak semua orang perolehi.Saya sangat serius dan fokus 100% untuk cuba menguasai ilmu ni daripada penceramah yang hebat ni iaitu EN. FADZLI BIN YUSOF, Master Trainer Global Genius Consultant Sdn. Bhd. Sedikit maklumat tentang En Fadzli ni, dah menghasilkan 30 buah buku motivasi yang telah terjual melebihi 100,000 naskhah buku dan ada buku beliau yang menjadi bestseller. Publisiti beliau sangat meluas sebagai penceramah motivasi di Motivasi Pagi TV3, Motivasi Murid TV9, Wanita Hari Ini TV3, Malaysia Hari Ini TV3, Hujung Minggu Malaysia RTM, Astro Awani, Segmen Remaja IKIM, majalah Solusi, eSiswa, Berita Harian, Metro, Utusan Malaysia, Sinar dan banyakkkkkkk lagi keluar TV dan suratkhabar.

Kursus yang saya sertai ini berkaitan komunikasi guru yang berkesan dan memukau kepada pelajar. Memang sesuai la dengan saya yang bergelumang dengan pelajar setiap hari. Tujuan kursus ni ialah meningkatkan seni mempengaruhi minda, memahami konsep dan proses berfikir manusia supaya dapat memanipulasikan dalam komunikasi, memahami teknik NLP dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan merangsang potensi pelajar.

Apa yang saya belajar dalam kursus ini ialah :
  • KONSEP NLP : NEURO - Ilmu yang berkaitan sistem minda, tubuh dan proses berfikir. LINGUISTIC - Ilmu berkaitan pengaruh bahasa. PROGRAMMING - Ilmu berkaitan corak pemikiran dan gaya kita nelihat dan memberikat respon terhadap sesuatu.
  • 4 GAYA BERFIKIR : VISUAL - Berfikir dengan membayangkan imej dalam fikiran. AUDITORI - Berfikir dengan menyebut dan mendengar dalam fikiran. KINESTATIK - berfikir dengan menghayati dan merasai sesuatu perkara dalam fikiran. DIGITAL - Berfikir secara struktur, peta minda, fakta, statistik.
  • MEMBACA BAHASA BADAN : Membaca minda melalui Mata, Pernafasan, Suara, Gerak Tubuh dan Perkataan yang digunakan.
  • PERKATAAN-PERKATAAN DAN AYAT-AYAT MEMUKAU BERDASARKAN GAYA BERFIKIR.
  • MENGENALI GAYA ULANGKAJI PELAJAR MELALUI GAYA BERFIKIR VISUAL, AUDITORI, KINESTATIK DAN DIGITAL.
  • BAHAN MEMUKAU MINDA : 1) Mengajar menggunakan pendekatan Why, What, If dan How. 2) Menggunakan teknik Attention, Interest, Desire dan Action. 3) Teknik mempengaruhi otak orang lain menggunakan kaedah Pacing dan Leading. Maksudnya teroka pandangan otak individu terlebih dahulu. pastu baru kita lead. 4) Teknik mempengaruhi melalui Chunking Up dan Chunking Down. Maksudnya terangkan big picture atau general dan terang juga secara khusus (specific)
  • TEKNIK MEMOTIVASIKAN ORANG RAMAI : teknik ini bertujuan untuk mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu melalui teknik Kuasa, Penghormatan, Pencapaian.
  • 5 TEKNIK KOMUNIKASI MEMUKAU : 1) Kemahiran Menukar Tegahan kepada Ayat Informasi. 2) Kemahiran Menukarkan Nasihat kepada Hikmah. 3) Kemahiran Memuji dan Mengiktiraf. 4) Kemahiran Memberikan Komen Membina. 5) Kemahiran Menghargai dan Berterima kasih.
  • TEKNIK HIPNOSIS.

Berjaya gak dapat peserta terbaik.Dapat buku percuma beserta tandatangan En Fadzli..
 

Apa-apa pun terima kasih En Fadzli. Seronok dapat berkenalan dan berkongsi ilmu dengan En. Fadzli. Harap-harap saya adalah orang yang tepat mendapat ilmu ini......