Wednesday, January 19, 2011

HORMAT KEPADA GURU : Petanda Anak Murid Yang Hebat Dunia & Akhirat....

Seorang guru mempunyai darjat tinggi disisi Islam sebab guru memberi ilmu. Mendidik daripada tidak tahu membaca kepada pandai membaca. Mengajar daripada tidak tahu mengira kepada pandai mengira. Membimbing daripada tidak tahu agama kepada tahu akan ilmu ketuhanan. Membimbing daripada orang yang tak tahu akhlak kepada orang yang tahu akhlak dan disiplin hidup.Mendidik daripada hidup miskin kepada menjadi orang yang berjaya mengubah kemiskinan hidup...Terlalu banyak jasa guru. Kadang-kadang bila difikirkan, kita lebih banyak masa bersama guru di sekolah berbanding bersama ibu-bapa di rumah.
Oleh itu hormati guru. Jangan diherdik seorang guru yang banyak berjasa. Jangan dicaci di merata tempat seorang guru yang mendidik dengan penuh kasih sayang. Jangan merasa ego dihadapan guru kerana kepandaian kita bermula daripada sebab seorang guru.Jangan diguris perasaan guru kerana kadang-kadang guru lebih mengambil berat terhadap kamu berbanding orang lain.Jangan biarkan guru menangis atas sikap kamu yang tidak sopan. Guru tidak punya wang untuk diberi tetapi guru punyai ilmu yang sangat berharga untuk memastikan anak muridnya selamat di dunia dan akhirat. Ibu bapa punyai wang untuk diberi kepada anaknya tetapi adakah semua ibu bapa punyai ilmu untuk mendidik anaknya untuk solah, menutup aurat dan menjaga batas-batas agama. Akhirnya tanggungjawab tersebut terpaksa ditanggung oleh seorang guru....
  Rasulullah sendiri dalam hadisnya riwayat Imam Ahmad, mengajar kita agar mendoakan guru " Dan ampunilah, wahai Tuhan kami......bagi guru kami ( yang mencurahkan ilmunya kepada kami) dan bagi orang yang mempunyai sesuatu hak terhadap kami, dan bagi orang yang mengasihi kami serta berbuat baik kepada kami dan juga bagi orang yang menasihati serta memberi petunjuk kepada kami untuk mencapai kebajikan ( kejayaan dunia dan akhirat).

INI ADALAH CARA UNTUK MENDAPATKAN KEBERKATAN ILMU :

  1. Sifat 3 perkara yang mesti ada sebagai seorang pelajar yang hebatTAAT PADA GURU,JAGA ADAB / AKHLAK,KHIDMAT KEPADA GURU.
  2. Hadir ke kelas dengan penuh minat, semangat tanpa ada perasaan jemu dan malas.
  3. Tumpuan sepenuhnya kepada guru mengajar bukan sambil lewa.Ingat mengabaikan ilmu yang diajar akan hilang keberkatan ilmu.
  4. Bersedekahlah al-fatihah kepada nabi, syuhada, ulama, ibu-bapa, guru dan mereka yang berbuat kebaikan serta memohon keampunan kepada mereka. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan kasih sayang Allah.
  5. Keberkatan ilmu juga apabila sentiasa bergaul atau makan bersama dengan mereka yang berilmu umpamanya guru dan alim ulama. Nasihat Luqman Al-Hakim : " Makan lah bersama orang yang bertakwa dan bermusyawarah lah segala urusanmu dengan alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya"
  6. Mohon lah kepada guru agar guru kita mendoakan kita menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.
  7. Ringankan mulut untuk mohon maaf atas segala dosa dan segala perkara yang mengguriskan perasaan guru.


 

No comments:

Post a Comment