Monday, October 25, 2010

KEMISKINAN NEK YAH YANG MENGINSAFKAN KAMI.....Esok kalau dah ada duit lebih jangan lupa kat orang miskin ye...

SEPTEMBER 2010, 
RUMAH NEK YAH, KUALA NERANG




Sempena bulan Ramadhan tahun ni, saya dan beberapa rakan membuat lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada NEK YAH.
Bila kami tiba, NEK YAH sedang ke hulu hilir sambil merungut "kenapa nasi kat periuk nasi tak masak-masak ni, dah dekat 2 jam tunggu, nak bagi makan kat anak aku ni". Saya kata " takut periuk nasi rosak kot NEK". Kemudian datang jiran sebelah menghulur bantuan " takpe NEK, bagi saya bawak balik periuk nasik ni ke rumah, dah kembang beras ni".Saya 'check' semua ok, ermmm rupa-rupanya takde elektrik. Tapi rumah sebelah ada pulak elektrik. haii..macam kena potong je...Kalau betul kena potong, saya memang tak puas hati kat TNB....Untung billion, billion..dengan orang fakir miskin pun berkira...(Kalau tak betul, minta maaf ye)

Saya bertanya dalam diri saya 'kenapa NEK YAH nak masak nasi untuk anaknya'. 'Tak puasa ke anaknya', 'mana anaknya', 'eee geramnya, kenapa anaknya tak jaga sangat emaknya'. Untuk melegakan perasaan kecewa saya, saya pun bertanya kawan kat sebelah " anak dia kat mana". Kawan saya kata " tu kat depan, anak NEK YAH la tu. ". Ya Allah...terkejut saya..banyak kali saya beristighfar dalam hati...simpati saya melihat keadaan anak NEK YAH yang cacat, hanya boleh meniarap sahaja, seorang yang bisu dan kurang waras. Saya bertanya lagi kawan saya " mana anak yang lain ". Kawan saya kata " ni je la anak NEK YAH, mana ada yang lain". Terus saya terdiam simpati...astagfirullah..
Anak NEK YAH....


Saya dan rakan-rakan sempat menjenguk keadaan dalaman rumah NEK YAH. Memang cukup serba kekurangan, tiang rumah seperti di makan anai-anai, kayu yang semakin usang,bumbung yang semakin bocor, sebuah tilam uzur, tiada apa-apa harta dunia di dalam rumah NEK YAH, jangan harap ada perkakasan elektrik melainkan periuk nasi tadi sahaja beserta dapur yang uzur.



NEK YAH memang dah uzur, kata-katanya sukar difahami dan tak mampu mendengar dengan baik, penglihatan yang semakin kurang dan saya rasa melihat kedut kulitnya, NEK YAH dah berumur sekitar 70 - 80 tahun

Saya diberi peluang oleh kawan saya untuk menyampaikan sumbangan sedikit wang dan barang-barang makanan kepada NEK YAH.Semasa saya menyampaikan sumbangan, saya sempat memahami apa yang diucapkan NEK YAH kepada saya " NEK memang perlukan duit, NEK perlukan duit, barang-barang lain semua dah cukup" beberapa kali diulang perkataan tu. Dalam hati saya berkata "betul gak. takkan la NEK YAH minum nescafe, milo dan biskut zaman sekarang". Kat dapur tadi nampak dah banyak bahan mentah yang orang sedekah seperti beras dan gula. NEK YAH pun nak beli ikan, sayur, ayam dan daging gak. Takkan nak makan nasi kosong je. Semua tu perlukan duit. "Betul jugak tu...silap la,  patut kita kurangkan beli bahan mentah tadi. Banyakkan bagi duit je kat NEK YAH" kata saya kat kawan-kawan.



Kami pun pulang. Sebenarnya saya sedih melihat keadaan NEK YAH. Tapi saya tahan je depan kawan-kawan.Kalau sorang-sorang datang ni, boleh sebak ni.Dalam kereta, hati saya berkata " Ampunkan saya NEK, kami tak mampu nak sumbang banyak-banyak. Ini lah rezeki yang kami ada yang semampunya. Saya berazam, satu hari nanti, andai Allah beri saya rezeki lebih, saya akan menolong sebanyak mungkin orang-orang susah" " Saya hanya mampu berdoa Ya Allah berilah kasih sayang kepada NEK YAH dan anaknya. Berilah perlindungan sebaik-baiknya Ya Allah. Jaga lah mereka sebaik-baiknya, Wahai Allah yang maha mengasihani" Aminnnn....
Kami perlu pulang..tak tau la tahun depan boleh jumpa lagi atau tak

Renung betul-betul gambar melalui mata hati...Cukup menyayat hati...Bayang kan ini adalah ibu kita

No comments:

Post a Comment