Monday, October 25, 2010

10 SAAT DALAM MENUJU MAUT : Allahuakbar.....

OGOS 2007


Sebelum kejadian ni berlaku, Allah dah bagi tanda beberapa bulan sebelum tu. Saya hampir melanggar lori trailer yang tiba-tiba mengundur belakang tanpa ada 'signal' pada malam yang gelap.Tiba-tiba terasa ada bantuan daripada langit yang memandu stering kereta saya mengelak ke tepi. Kalau ikut logik akal, memang saya dah 'out'. Saya sempat bercerita kejadian tersebut kepada guru saya. Guru saya bertanya samaada saya ada melakukan amalan tertentu tak semasa dalam perjalanan. Saya bagitau kat guru saya: " saya ada berhenti di sebuah masjid untuk solah Zuhur. Selepas solah, saya terpandang sekolah agama tahfiz dibelakang masjid tersebut.Saya rasa kasihan melihat kemudahan dan persekitaran sekolah tersebut. Saya pun menyeluk saku dan terus memasukkan duit dalam tabung derma. Saya berbisik dalam hati " ampun aku wahai Allah, inilah sahaja wang yang aku ada". Lantas guru saya memberitahu, kemungkinan disebabkan amalan tersebut yang menyebabkan Allah menyelamatkan aku. Syukur...segala-gala nya selamat.

Perjalanan pada petang itu dari Grik ke Jeli, agak tenang. Kurang kenderaan, jalan redup dan hujan renyai-renyai.Saya perlu sedikit laju kerana tak sabar nak berjumpa isteri dan keluarga di Terengganu. Bila nampak je 'signboard' selamat datang ke Kelantan, rasa lega sikit dah nak sampai ke Jeli. Hujan semakin lebat. Memang nampak jelas, wap-wap di atas jalan berterbangan naik ke atas.

Apa yang berlaku dalam tempoh 10 saat semasa keadaan sangat kritikal....

Saya pun melalui satu selekoh yang agak tajam. Saya pun membrek kan sedikit untuk memperlahankan kereta.Entah macam mana, tiba-tiba, saya terasa kereta melayang ke kanan. Saya cuba untuk mengawal stering tapi tidak boleh dikawal.Semuanya tak berfungsi.Pada saat ni, saya dah mula merasakan bahawa ajal saya dah tiba. Saya dah ternampak wajah-wajah yang saya sayangi dalam fikiran saya. Hati saya tiba-tiba terasa sedih dan insaf kerana saya tak boleh nak jaga isteri dan keluarga saya selepas ni.Masa ni, teringat segala dosa-dosa yang pernah saya lakukan, mohon ampun Ya Alllah....Entah macam mana, fikiran saya kembali ke dunia nyata.Saya pun memegang stering dengan kedua belah tangan dengan sangat kuat sebab saya tak pakai tali pinggang. Saya menjerit sekuat hati " ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR". Kereta saya melayang, berpusing dan bergolek 2-3 kali menuju jalan yang bertentangan.Terasa badan saya terhempas kat bumbung pastu terhempas kat bawah.Tiba-tiba dengar dentuman yang kuat. Rupa-rupanya kereta saya terlanggar tebing jalan dan betul-betul atas longkang.

Kereta saya terbalik. Saya jatuh terhempas ke bawah dengan kuat.Saya terdiam dan buka mata perlahan-lahan. Syukur..syukur...syukur, Allah panjangkan umur saya.Saya cuba memeriksa badan saya, takut-takut ada patah dan cedera kat mana-mana.Saya terasa pening-pening dan terasa macam nak pengsan.Masa tu enjin kereta masih berbunyi, signal terpasang dan minyak kereta mula keluar menitis...Tiba-tiba, saya terdengar ada orang menjerit " Abang ok tak...abang boleh keluar tak". Saya kata ok je...Saya cuba mengambil dompet duit dan telefon.Seorang lelaki cuba bukakan pintu kereta saya sambil menarik saya keluar.Alhamdulillah, saya cuma luka kecil sahaja. Cuma terhoyong hayang sikit sebab pening.Lepas keluar dari kereta, barulah banyak kenderaan melalui jalan tu.Syukur... kalau tak, tak tahu la apa akan jadi.

Lelaki yang tolong saya tadi membawa saya ke kereta towing. Saya ikut serta kereta towing sambil menarik kereta yang dah kemek.Saya dihantar ke stesen bas di Tanah Merah. Saya pun naik bas ekspress. Terasa sakit badan saya. Saya tiba di Kuala Terengganu hampir jam 12.00 tengah malam. Keluarga saya mengambil saya.Kebetulan pada malam tu adalah sambutan hari kemerdekaan.Ramai la orang berpeleseran di jalan sebagai menyambut Kemerdekaan.Terdengarla bunyi bunga api kat stadium selepas detik jam 12 tgh malam.

Selepas seminggu, saya bertanyakan bengkel tentang kereta saya. Rupa-rupanya bengkel tu bukan bengkel panel. 'So' Syarikat Takaful, tak boleh nak bagi 'claim'. Akhirnya kereta saya berjaya keluar daripada bengkel yang jahat tu selepas saya membayar wang dekat RM 4000.Setelah didesak dan didesak, akhirnya kereta saya berjaya disiapkan setelah 8 bulan.

MOTIVASI DARIPADA KEJADIAN NI...

Saya teringat seorang ulama pernah berkata " Bila berada dalam kenderaan ni, kita kena bayangkan berada di dalam keranda kubur". Mungkin kita akan melanggar atau mungkin kita akan dilanggar.'So', saya akui akan kebenaran kata-kata tu...Selepas kejadian itu, saya tidak akan bawa kereta dengan laju. Tak kira la samaada bawa seorang atau dengan keluarga.Saya dah jadi pemandu yang sangat bersabar.Bila memandu, saya pasti akan ingat kejadian yang menggerunkan tu yang menyebabkan saya lebih berhati-hati.Semoga jadi pengajaran bukan untuk saya je, tapi untuk semua pembaca gak ye..Syukur banyak-banyak, Allah panjangkan umur...


No comments:

Post a Comment