Tuesday, March 1, 2011

KESUSAHAN HIDUP MAK ANI MENGAJAR KITA LEBIH BERSYUKUR.....

JANUARI 2011

Jangan ingat di Malaysia ni takde orang miskin. Ramai lagi yang perlukan pembelaan dan pertolongan.Melihat kemiskinan Mak Ani di Kuala Nerang, Kedah sebenarnya memotivasikan kita menjadi manusia yang rendah diri, pemurah dan menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang . Sepatutnya melihat kemiskinan orang lain menjadikan kita lebih bersyukur ke atas segala nikmat kesenangan yang Allah berikan. Walhal ada orang lain yang terpaksa berlapar setiap hari.Nak dapat sehari RM 5 untuk memberi sesuap nasi kepada ahli keluarga pun cukup sukar dan memeritkan.
Suatu ketika dulu, Mak Ani bekerja sebagai pembuat air di Kafetaria Kolej tempat saya bekerja. Sehingga lah satu hari, Mak Ani dimasukkan wad kerana penyakit kronik maka beliau pun berhenti kerja.Ketika kami ziarah rumah beliau untuk memberi sedikit bantuan, baru lah kami tahu kemiskinan dan kesusahan hidup Mak Ani dan suaminya.









No comments:

Post a Comment