Tuesday, October 16, 2012
Tuesday, August 7, 2012
KURSUS KOMUNIKASI MEMUKAU BERSAMA MOTIVATOR EN FADZLI YUSOF....
2-5 JULAI 2012....IMPIANA RESORT CHERATING..
ISNIN - KHAMIS
Kursus yang saya sertai ini berkaitan komunikasi guru yang berkesan dan memukau kepada pelajar. Memang sesuai la dengan saya yang bergelumang dengan pelajar setiap hari. Tujuan kursus ni ialah meningkatkan seni mempengaruhi minda, memahami konsep dan proses berfikir manusia supaya dapat memanipulasikan dalam komunikasi, memahami teknik NLP dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan merangsang potensi pelajar.
- KONSEP NLP : NEURO - Ilmu yang berkaitan sistem minda, tubuh dan proses berfikir. LINGUISTIC - Ilmu berkaitan pengaruh bahasa. PROGRAMMING - Ilmu berkaitan corak pemikiran dan gaya kita nelihat dan memberikat respon terhadap sesuatu.
- 4 GAYA BERFIKIR : VISUAL - Berfikir dengan membayangkan imej dalam fikiran. AUDITORI - Berfikir dengan menyebut dan mendengar dalam fikiran. KINESTATIK - berfikir dengan menghayati dan merasai sesuatu perkara dalam fikiran. DIGITAL - Berfikir secara struktur, peta minda, fakta, statistik.
- MEMBACA BAHASA BADAN : Membaca minda melalui Mata, Pernafasan, Suara, Gerak Tubuh dan Perkataan yang digunakan.
- PERKATAAN-PERKATAAN DAN AYAT-AYAT MEMUKAU BERDASARKAN GAYA BERFIKIR.
- MENGENALI GAYA ULANGKAJI PELAJAR MELALUI GAYA BERFIKIR VISUAL, AUDITORI, KINESTATIK DAN DIGITAL.
- BAHAN MEMUKAU MINDA : 1) Mengajar menggunakan pendekatan Why, What, If dan How. 2) Menggunakan teknik Attention, Interest, Desire dan Action. 3) Teknik mempengaruhi otak orang lain menggunakan kaedah Pacing dan Leading. Maksudnya teroka pandangan otak individu terlebih dahulu. pastu baru kita lead. 4) Teknik mempengaruhi melalui Chunking Up dan Chunking Down. Maksudnya terangkan big picture atau general dan terang juga secara khusus (specific)
- TEKNIK MEMOTIVASIKAN ORANG RAMAI : teknik ini bertujuan untuk mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu melalui teknik Kuasa, Penghormatan, Pencapaian.
- 5 TEKNIK KOMUNIKASI MEMUKAU : 1) Kemahiran Menukar Tegahan kepada Ayat Informasi. 2) Kemahiran Menukarkan Nasihat kepada Hikmah. 3) Kemahiran Memuji dan Mengiktiraf. 4) Kemahiran Memberikan Komen Membina. 5) Kemahiran Menghargai dan Berterima kasih.
- TEKNIK HIPNOSIS.
Apa-apa pun terima kasih En Fadzli. Seronok dapat berkenalan dan berkongsi ilmu dengan En. Fadzli. Harap-harap saya adalah orang yang tepat mendapat ilmu ini......
Subscribe to:
Posts (Atom)