Tuesday, March 29, 2011

KASIH SAYANG AYAH TAK PERNAH LUNTUR....

FEBRUARI 2011

Rasa sayu pun ada..sedih pun ada..tak sanggup nak tinggalkan Humaira bila kena chicken pox.Tak sampai umur 3 tahun dah kena.Setiap hari Humaira menangis terutama masa nak mandikan Humaira dan bagi ubat.Setiap hari berpuluh-puluh perkataan keluar daripada mulut Humaira "mama-papa cakit..cakit..cakit..". Ini lah ujian Allah, menguji kesabaran seorang ibu dan ayah. Ape-ape pun, mama-papa tak pernah lupa mendoakan Humaira dan tak pernah berkurang kasih sayang kat Humaira.



 



TERBABAS DI NAKA : Menghargai kehidupan berkeluarga....

 MAC 2011

 Ujian..Ujian...takpe-takpe. Kami redho segala ketentuan. Ini adalah penyucian dosa-dosa dan petanda kasih sayang Allah pada hambanya. Dah dua kali spectra ni terbabas. 5 tahun dulu dah terbabas kat gerik. Mesti dah terlalu sakit kereta ni. Kesian pulak rasanye...Jalan Naka ni takde la sibuk tapi dah banyak kali kedengaran kereta terbabas. Masa ni Humaira dan wife ada kat dalam. Sehari gak Humaira trauma. Wife pun tengah mengandung.Alhamdulillah sangat-sangat, tiada langsung kecederaan. Biar la kereta kemek, yang penting semua selamat. Kejadian camni menyebabkan saya lebih menghargai kehidupan bersama keluarga. Banyak kali saya sujud syukur sebagai tanda kesyukuran dan kehambaan...

 
 
 
 

Tuesday, March 1, 2011

KESUSAHAN HIDUP MAK ANI MENGAJAR KITA LEBIH BERSYUKUR.....

JANUARI 2011

Jangan ingat di Malaysia ni takde orang miskin. Ramai lagi yang perlukan pembelaan dan pertolongan.Melihat kemiskinan Mak Ani di Kuala Nerang, Kedah sebenarnya memotivasikan kita menjadi manusia yang rendah diri, pemurah dan menjadi orang yang berjaya pada masa akan datang . Sepatutnya melihat kemiskinan orang lain menjadikan kita lebih bersyukur ke atas segala nikmat kesenangan yang Allah berikan. Walhal ada orang lain yang terpaksa berlapar setiap hari.Nak dapat sehari RM 5 untuk memberi sesuap nasi kepada ahli keluarga pun cukup sukar dan memeritkan.
Suatu ketika dulu, Mak Ani bekerja sebagai pembuat air di Kafetaria Kolej tempat saya bekerja. Sehingga lah satu hari, Mak Ani dimasukkan wad kerana penyakit kronik maka beliau pun berhenti kerja.Ketika kami ziarah rumah beliau untuk memberi sedikit bantuan, baru lah kami tahu kemiskinan dan kesusahan hidup Mak Ani dan suaminya.