Monday, December 13, 2010

DOA : Senjata Muslim Terhebat di Dunia & Akhirat

Orang Islam ni, Allah sediakan satu senjata yang cukup hebat. Kalau diimani dan diyakini, tidak mustahil senjata ini lebih hebat daripada senjata peperangan. Apa senjata orang Islam...Jawapannya DOA. Namun persoalannya mengapa sebahagian orang Islam tak mahu berdoa. Ini kerana mereka tidak yakin dan suka melarikan diri daripada perintah Allah. Akhirnya, doa dah tak jadi senjata yang berfungsi...

Doa adalah pelengkap ibadah. Allah amat-amat suka mendengar doa daripada hambanya bernama manusia.Berkata seorang sahabat, Fudalah Ibni Ubaid " Sesungguhnya Allah mendengar dengan penuh minat doa daripada hambanya lebih daripada minat seorang tuan mendengar suara hamba perempuannya yang cantik sedang menyanyi". Maksudnya di sini ialah Allah sangat...sangat..sangat teliti mendengar doa kita semua.

Mungkin ada terdetik dalam hati " kenapa aku berdoa, tapi Allah tak makbulkan", "kenapa aku berdoa nak dapat keputusan SPM terbaik, Allah tak kabulkan", "kenapa aku berdoa nak dapat keputusan peperiksaan 4.00 tapi Allah tak kabulkan", "kenapa aku nak jadi kaya tapi Allah tak kabulkan" dan banyak lagi la rungutan berkaitan doa ni... Jawapannya mudah je. Ada 4 cara Allah kaedah Allah makbulkan doa kita :
1) Bila kita berdoa je...Allah terus makbulkan doa kita dalam jangka masa yang singkat.
2) Bila kita berdoa...pastu dah lama, mungkin bertahun-tahun, baru la Allah akan kabulkan.
3) Bila kita berdoa...Allah tak kabulkan doa kita sebabnya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan.
4) Bila kita berdoa.. Allah tak kabulkan langsung kat dunia tapi Allah akan makbulkan di akhirat kelak.

Doa maksudnya perbualan atau pengucapan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa mengajar kita merendah diri, bahawa kita adalah hamba yang takde kuasa, terlalu lemah dan sering mengharapkan pertolongan daripada tuan kita yang Maha berkuasa dan Maha Hebat iaitu Allah s.w.t. Segala kesulitan dan masalah yang melanda kita sebagai ujian buat kita semua, datangnya daripada Allah. Maka sudah pasti lah, jalan penyelesaiannya pun datang daripada Allah gak bukan daripada manusia. Kalau ada pun penyelesaiannya daripada manusia, itu bukan daripada kuasa manusia tapi sebagai asbab yang hakikatnya daripada Allah jua.

Setiap doa akan didengar oleh Allah dan Allah tidak suka kepada manusia yang tidak pernah berdoa. Orang yang tak nak berdoa dianggap sombong dan takbur pada Allah. Mengganggap manusia adalah hebat walhal 'nothing'. Allah ada berfirman yang membawa maksud " Berdoa lah kepada Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan dengan suara yang perlahan serta bermohon lah kepada Nya dengan perasaan takut serta penuh harapan. Sesungguhnya rahmat Tuhan itu adalah dekat kepada orang yang berbuat kebajikan"

Rasulullah ada bersabda bermaksud " Jika kamu mengenang Allah pada waktu senang, maka nescaya ia akan mengenang kamu pada waktu kamu susah " Sabda nya yang lain bermaksud " Barangsiapa yang ingin supaya Allah mengabulkan permohonannya pada waktu susah dan sempit, hendaklah dia memperbanyakan doa pada waktu senang lenang."

Jangan putus asa jika doa tidak dimakbulkan segera. Allah ada berfirman bermaksud " Bermohonlah kepada Aku, nescaya aku akan perkenankan segala permohonan kamu ".Doa paling cepat dimakbulkan adalah seperti berikut :
  • Sentiasa mengekalkan solah
  • Doa orang yang bermusafir
  • Doa orang yang berpuasa
  • Doa orang yang teraniaya
  • Doa ibu bapa kepada anaknya
  • Doa seorang sahabat yang berjauhan & berkasih sayang kerana mengharap redho Allah.
  • Doa pemimpin yang adil

Doa akan terhalang apabila kita makan benda-benda haram.Jangan segan untuk mendapatkan doa daripada ibu-bapa , guru dan orang-orang Alim yang takutkan Allah.
Jika berdoa kena percaya bahawa doa kita diterima oleh Allah dan terus sujud syukur kerana doa kita diterima. Nabi Musa pernah berdoa agar Firaun dihapuskan. Nabi Musa percaya doanya dimakbulkan. Selepas 10 tahun baru Allah kabulkan.

Ibnu Sina ada berkata " apabila aku tidak menyelesaikan masalah matematik, aku pergi ke masjid dan berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kepada aku jalan penyelesaian. Selepas itu aku kembali ke bilik kerja aku. Jika aku dapat menyelesaiaakn masalah yang begitu sukar, aku segera memberi sedekah kepada fakir miskin sebagai tanda kesyukuran"

Cuba kita bertenang dan fikir sejenak. Ada tak sepanjang hidup kita apabila kita berdoa ,Allah makbulkan terus.Sebenarnya bila keadaan ini berlaku boleh menyebabkan kita semakin yakin dan percaya bahawa Allah itu wujud. Kita akan jadi semakin yakin bahawa Islam itu benar. Kita akan menjadi semakin yakin bahawa Allah setiap masa berada disisi kita.Ada 2 kejadian yang meningkatkan keyakinan saya terhadap kehebatan doa dan ianya cukup meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap diri saya
1) Satu ketika dulu di UiTM Terengganu, semasa saya mengambil peperiksaan akhir semester.Semasa saya membuka setiap helaian kertas soalan peperiksaan subjek pemasaran, saya merasa tertekan yang amat sangat kerana saya tidak boleh menjawab semua soalan yang diberikan.Apa yang saya baca dalam buku, tak keluar langsung dalam peperiksaan.Secara logik akalnya, saya berkata dalam hati ketika itu bahawa saya akan gagal.'Confirm failed'. Saya pun menundukkan muka di atas meja peperiksaan sambil memejamkan mata.Sebenarnya saya bukan tidur tetapi saya berdoa dalam hati dengan sangat bersungguh-sungguh.Saya dah takde sapa yang boleh tolong saya dalam keadaan genting masa tu, hanya ALLAH sahaja.Saya berbicara kepada Allah, saya menceritakan kebaikan yang pernah saya lakukan dengan harapan agar Allah memberi pertolongan kepada saya. Kemudian, saya memegang pen dan dengan kuasa Allah, saya berjaya menjawab semua soalan.Saya jawab sahaja dan saya tidak tahu apa yang saya jawab.Selesai sahaja 'exam', saya bergegas ke masjid UiTM, saya solah sunat hajat dan berdoa dengan penuh penghayatan supaya Allah kabulkan permintaan saya, kemudian terus saya sujud syukur kerana saya yakin Allah akan membantu saya.Selepas 2 bulan, saya terima keputusan peperiksaan, memang mengejutkan kerana saya dapat gred yang agak baik dalam subjek tersebut. Ingat dapat C ke bawah. Syukur sangat-sangat, hati pun semakin bertambah yakin tentang kehebatan doa dan keajaiban doa jika kita yakin benar-benar bahawa Allah pasti akan menolong kita.

2) Saya telah mendengar khabar berita yang sangat berat untuk saya terima iaitu ibu saya akan dibedah kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru. Doktor tidak memberi jaminan bahawa ibu saya akan selamat selepas pembedahan.Berita ini menyebabkan seluruh tubuh terasa lemah dan tanpa saya sedari air mata mengalir. Saya terus pergi ke tempat sunyi dan saya berdoa dengan penuh-penuh emosi sehingga basah baju saya dengan linangan air mata memohon agar Allah selamatkan ibuku.Syukur Allah makbulkan doa saya. Ibu saya selamat.Sampai masa, ibu saya keluar daripada hospital. Seorang pegawai hospital memanggil saya dan menunjukkan bil pembedahan sebanyak RM20,000. Saya sangat terkejut kerana kami memang tiada duit.Kami diberi masa beberapa bulan untuk melunaskan bil tersebut.Sekali lagi saya bermohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar diberikan rezeki wang ringgit. Dengan izin Allah, selepas beberapa hari difahamkan bil saya telah diselesaikan oleh hamba Allah. Saya tidak tahu, siapa orang tersebut sehingga sekarang.


KESIMPULANNYA, JANGANLAH SOMBONG...BERDOA LAH KERANA ITU LAMBANG KEFAKIRAN, KEHAMBAAN DAN RENDAH DIRI KEPADA PENCIPTA MANUSIA, ALLAH S.W.T.

Sunday, December 5, 2010

SAKSIKAN KLIP KORBAN AIDILADHA : Selami Perasaan & Kekuatan Ketaatan Nabi Ibrahim & Anaknya, Ismail.....

 
NOVEMBER 2010

Tahun ni saya beraya AIdiladha di Kuala Terengganu. Saya berkesempatan bersolah hari raya di Masjid Rusila. Memang sangat sayu apabila ratusan manusia bersama-sama melafazkan takbir hari raya. Tegak bulu roma. Tenang rasanya jiwa.
Walaupun tiap-tiap tahun, kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail diulang-ulang dalam kutbah hari raya, namun aura kisah tersebut masih berbekas dalam jiwa saya. Memang hebat kisah Nabi Ibrahim.

Bayangkan lah ujian dan kesabaran Nabi Ibrahim yang cukup hebat. Setiap masa berdoa dan bermunajat untuk memohon mendapatkan zuriat. Bila umur 86 tahun, Allah kabulkan permintaan Nabi Ibrahim dan anak itu dinamakan Ismail. Kisah ini mengingatkan saya dengan rakan sekerja saya. Dah hampir 20 tahun tak dapat anak, tiba-tiba dengan kuasa Allah, dapat anak perempuan. Saya dapat melihat riak wajahnya yang cukup gembira & penuh kesyukuran dan saya dapat lihat tingkahlakunya yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anak yang tercinta. Begitu juga lah yang berlaku pada Nabi Ibrahim, baginda sangat-sangat gembira dan bersyukur di atas kurnian Allah yang tidak terhingga.

 Allah menguji lagi keimanan dan kepatuhan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.Kali ini lebih hebat ujiannya. Dah 3 malam, Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya. Kita harus faham, mimpi seorang nabi bukan mainan tidur tapi itu adalah perintah daripada Allah.Dengan hati yang sangat-sangat berat, Nabi Ibrahim bertanyakan hal tersebut kepada Nabi Ismail. Ini lah jawapan anak Nabi Ibrahim yang cukup hebat "Hai bapakku kerjakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu; insyallah kamu akan mendapati aku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar. (Al-Saffat 102). Ini lah ujian yang sangat berat yang tak mampu ditanggung oleh manusia biasa. Pasti terdetik dalam hati kita, terlalu kerdil diri kita semua, banyak perintah Allah yang kita gagal lakukan dengan sempurna. Semoga Allah mengampuni  dan memberi rahmat kepada kita semua.

Bagi manusia normal yang masih ada keimanan dalam hatinya, sanggup kah kita menyembelih anak sendiri yang sangat disayangi. Pastinya 'TIDAK'. Akhirnya Allah s.w.t menggantikan tempat Nabi Ismail dengan memerintah Nabi Ibrahim menyembelih seekor kibas. Surah al-Saffat ayat 107 yang bermaksud: Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar (kibas). Bertangisan lah kedua beranak tersebut yang sangat patuh pada perintah Allah.

Gambar di atas :Ini lah salah satu kelazatan hari raya aidil adha. Selesai solah, semua orang tak kira bangsa, negeri dan budaya akan bersalaman,berpelukan, dan mengukir senyuman  tanda ukhuwah sesama islam.


 










 Gambar di atas : Jangan la kata Zalim ye. Ini adalah syariat Allah. Perintah korban dengan penyembelihan Islam yang penuh hikmah.

Kelebihan ibadat korban dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah dari menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada Hari Kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.




Friday, December 3, 2010

SUSAN BOYLE vs GEORGE SAMPSON : Si Merendah Diri vs Si Kuat Semangat...ambil pengajaran baik je tau...

1  SUSAN BOYLE BRITAIN'S GOT TALENT 2008



Susan Boyle ni jenis susah nak belajar. Masa kanak-kanak selalu kena buli. Pendidikan pun rendah je sekadar pelatih masakan di kolej selama 6 bulan. Bekerja sebagai penyanyi gereja sahaja.Susan Boyle tak pernah kahwin sebabnya nak jaga emaknya. Emaknya meninggal pada tahun 2007 ketika umur 91 tahun. Selepas itu baru la Susan buat ujibakat Britain's Got talent 2009. Masa uji bakat, Simon Cowell tanya nak jadi apa. Susan jawab, nak jadi Elaine Paige (penyanyi terkenal teater Britain). Juri dan para penonton tersenyum sinis dan perli. 'Macam mana perempuan yang hodoh, berbadan gempal, rambut berserabut, pakaian fesyen 60 an dan personaliti kekampungan boleh jadi penyanyi terkenal'. 

Pastu bila 'start' nyanyi lagu 'I Dreamed A Dream'. Semua juri dan penonton terbeliak mata dan tergamam dengan kemerduan suaranya. Semua orang berdiri dan bertepuk tangan memberi penghormatan kepada kehebatan suara Susan Boyle. Bukan itu sahaja lebih 10 juta penonton menonton video youtube selepas di 'publish' pada 11 April 2009.
Sekarang Susan Boyle dah popular. Susan berjaya mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Records kerana berjaya mendapat album artis wanita UK yang paling laju dari segi jualan,(6 minggu je, 9 juta terjual), pastu kejayaan jualan album yang sangat tinggi di UK dalam tempoh seminggu dan wanita tua yang pertama berjaya menjual album paling laris.
Kesimpulannya.... Memang 'touching' bila tengok persembahan pertama Susan. Pada pandangan pertama semua orang memerli, menghina dan mempermainkan Susan Boyle. Semua melihat kekurangan fizikal Susan. Takde sorang pun melihat kehebatan bakat yang Susan ada.Tapi apabila dia memulakan rangkap pertama, semua orang terpaksa menelan kembali persepsi negatif kepada Susan. 

Ini lah bukti bahawa FIZIKAL bukan segala-galanya tetapi apa yang paling penting adalah JIWA dan POTENSI HEBAT dalam diri setiap orang. Allah memang dah beri setiap orang kehebatan masing-masing. Kadang-kadang kehebatan itu tiba-tiba datang dalam diri kita dan kadang-kadang, kita kena gilap dulu potensi kita sebelum kita dapat mengeluarkan kehebatan potensi kita.

Zaman sekarang, ramai orang melihat faktor fizikal jadi keutamaan. Nak kawin kena tengok orang cantik atau 'handsome' tapi hakikatnya dalam hatinya ada kejahatan tersembunyi. Nak mintak kerja pun kadang-kadang ada 'bias'. Kalau tengok orang tu nampak pandai bercakap semasa temuduga, maka diambil bekerja orang itu walhal hipokrit je tu.Kalau orang kaya atau anak datuk, amboi, dilayan lah seperti raja tapi bila anak orang miskin dilayan seperti sampah. Kalau kat sekolah tu (Sekolah tertentu je tau) kadang-kadang pelajar tertentu je yang dilayan mesra oleh pihak sekolah tapi pelajar yang bermasalah, pelajar yang pakai baju lama compang camping dan pelajar yang miskin takde sapa nak layan.Jadi, sekarang ni sapa-sapa yang rasa kekurangan dari segi fizikalnya. 'Just Forget it'. Buat sungguh-sungguh apa saja bidang yang diceburi dan sungguh-sungguh meneroka kehebatan diri masing-masing.

2. GEORGE SAMPSON BRITAIN'S GOT TALENT 2007

George Sampson ni juara Britain's Got Talent 2008. Ada suatu cerita yang menarik perhatian yang boleh kita ambil pengajaran. Sampson yang berumur 14 tahun ketika itu, pernah jalani uji bakat Britain's Got Talent pada tahun 2007 dan dia berjaya lepas pusingan pertama. Semasa pemilihan separuh akhir. 2 orang juri berpendapat Sampson tak layak untuk masuk separuh akhir dan dia gagal. Kecewa budak tu...

 Pada tahun 2008, Sampson kembali. Bukan saja Sampson layak uji bakat malah berjaya masuk separuh akhir dan mendapat undian tertinggi yang melayakkan masuk akhir.Semasa ujibakat pertama, juri terkenal Simon Cowell ada bertanya " apa yang Sampson buat dalam tempoh setahun selepas gagal pada tahun 2007 ". Sampson menjawab " saya menari di jalan-jalan dan lorong-lorong untuk meningkatkan kemahiran tarian saya dan mencari duit untuk keluarga saya". Sampson sebenarnya mempunyai masalah penyakit tulang dan apabila ditanya adakah ianya boleh menjejaskan anda, Sampson menjawab " Penyakit ni tidak sama sekali menghalang impian saya "
Walaupun Sampson ni orang putih tapi kita boleh ambil pengajaran yang bagus. Motivasi yang kita boleh ambil ialah Sampson ni umurnya baru 14 tahun semasa uji bakat 2007 tapi sebab nak mengejar impian dan kehidupan yang lebih baik untuk keluarganya, Sampson sanggup berhempas pulas dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu dan penat lelah. Peringkat awal, Sampson gagal. Walaupun gagal, adakah Sampson berputus asa. Jawapannya TIDAK. 365 hari, dia bekerja keras tanpa malu menari dihadapan orang yang lalu lalang disamping mendapatkan wang tambahan (sedekah) daripada orang ramai. 2008, dia cuba lagi dan akhirnya dia menang disebabkan pengundi kagum dengan bakatnya dan kagum dengan kesungguhannya yang tak pernah kenal erti putus asa.Persoalannya adakah remaja Islam zaman sekarang ada sikap sedemikian ?